Alam & Sains 01 May, 2020

Semuanya biru! Tanda perhargaan kepada frontliners Covid-19!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KALAU anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pasti perasan ada sedikit perubahan pada mercu tanda atau bangun ikonik yang ada di tempat tersebut. Perubahan yang dimaksudkan itu bukanlah bangunan jadi terbalik atau senget tetapi penggunaan warna lampu. Semuanya jadi biru! : KitaReporters


Masjid Negara. - Kredit foto-foto: Public Health Malaysia


Ya, sebelum ini pun bangunan ikonik seperti Menara KL, Masjid Negara atau Bangunan Sultan Abdul Samad sentiasa dilimpahi cahaya lampu warna warni.

Tapi kali ini warna cahaya lampu yang digunakan adalah hanya warna biru sebagai tanda sokongan dan penghargaan dunia dan negara kepada barisan hadapan (frontliners) dan sukarelawan Covid-19.

Menara KL


Bahkan bukan sahaja di Malaysia, khabarnya ia juga dilakukan di seluruh dunia. 

Warna biru dipilih kerana menggambarkan pakaian dan selubung PPE yang selalunya berwarna biru.

Mereka, petugas barisan hadapan patut diberi sokongan dan penghargaan kerana khidmat bakti yang dicurahkan bukan kepalang. 

Bayangkan sudah berbulan-bulan tidak pulang ke pangkuan keluarga demi menggalas tugas menjaga keselamatan serta kesihatan semua rakyat di serata dunia.

Pintasan Saloma


Kalau di hospital, pemakaian PPE bukanlah ‘seglamour’ seperti di pentas fesyen, manakala yang bertugas mengawal kenderaan di jalan raya, terpaksa berdepan dengan cuaca panas dan hujan ribut.

Bayangkan, kita di rumah masih berpeluang berpuasa dan berbuka bersama keluarga. 

Tetapi mereka, terpaksa berbuka puasa di koridor dan tepi jalan raya.

Tun Razak Exchange


Jadi, usaha memasang lampu biru pada mercu-mercu tanda sekurang-kurangnya memberi mereka rasa dihargai dan meringankan tekanan yang dihadapi.

Jambatan di Putrajaya

Semoga mereka terus cekal dan berani berjuang untuk membersihkan sisa-sisa jangkitan Covid-19 yang masih berbaki di Malaysia. 

Kita jaga kita! Kita mesti menang! - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested