Alam Canggih 16 Apr, 2020

NAK WAKILI NEGARA? SERTAI E-SUKAN BOLA SEPAK

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

TIDAK bermakna dek pandemik maut, penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020, bola sepak tidak boleh dimainkan langsung! : KitaReporters

POSTER e-Cabaran Kebangsaan Malaysia untuk mencari wakil ke Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA. - Kredit foto FAM


Benar, di padang-padang dan stadium-stadium sudah kesunyian orang sejak 18 Mac 2020, tetapi masih ada e-sukan yang boleh dimeriahkan anak-anak muda sambil tetap berkurung di rumah atau tanpa perlu melanggar PKP malah ganjaran kemenangan yang menanti mereka pula, cukup lumayan.

Bagaimana caranya? 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu mencari pemain-pemain e-sukan bola sepak untuk mewakili Malaysia Ke 'Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)' atau FIFA e-Nations Stay Home and Play Cup.

PERSATUAN E-Sukan Kuala Lumpur (ESKL), antara rakan kerjasama FAM dalam penganjuran e-Cabaran Kebangsaan Malaysia. - Kredit foto ESKL 


Dengan kerjasama Persatuan e-Sukan Kuala Lumpur (ESKL) dan Games Bond, pencarian pemain itu dilakukan menerusi kejohanan e-sukan dalam talian berjudul FIFA20 yang menggunakan PS4, e-Cabaran Kebangsaan Malaysia pada 17 April 2020.

PEMAIN-PEMAIN e-sukan bola sepak berpeluang bergandingan dengan pemain Harimau Malaya, 21 April 2020 jika menjuarai e-Cabaran Kebangsaan Malaysia. - Kredit foto ESKL 


e-Pemain Bola Sepak yang menjuarainya, akan bergandingan dengan seorang pemain kebangsaan, Harimau Malaya bagi mewakili Malaysia dalam Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA pada 21 April 2020.

Edisi kali ini terpaksa dilangsungkan dari kediaman masing-masing memandangkan seluruh dunia kini diselubungi pandemik Covid-19 termasuk Malaysia yang dikenakan PKP sehingga semua pertandingan bola sepak anjuran FAM tertangguh sejak 16 Mac 2020.

BAYANGKAN bagaimana gandingan pemain e-bola sepak dan Harimau Malaya berjuang dalam Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA pada 21 April 2020? - Kredit foto FAM


e-Cabaran Kebangsaan Malaysia akan berlangsung selama sehari iaitu bermula dari pukul 11 pagi hingga 10 malam pada 17 April 2020.

Hadiah terkumpul sebanyak RM1,000 menanti para pemenang termasuk satu slot ke Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA bagi peserta yang bergelar juara.

Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan E-sukan Malaysia (ESM). - KitaReporters

BARISAN pegawai kanan ESM dan persatuan e-sukan negeri-negeri. - Kredit foto ESKL

0
0
0
0
0
You will be interested

Exit: Wujud Tapi Tiada! Terokai alam misteri yang cuba berhubung dengan manusia! Alam multiverse!

Percayakah anda pada teori multiverse iaitu ada banyak alam yang sebenarnya wujud di sekeliling alam yang kita huni. Nak tahu kena baca Exit: Wujud Tapi Tiada

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 day ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago