Alam & Sains 12 Jan, 2021

Sekatan Jalan Raya! SJR ditempatkan di lima pintu masuk utama ke Terengganu masa tempoh PKPB!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

POLIS Terengganu memberi tumpuan lima pintu masuk yang menjadi laluan utama jalan darat keluar masuk kenderaan ke negeri ini dengan menempatkan anggota untuk penugasan 24 jam bagi menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula jam 12.01 tengah malam pada Rabu, 13 Januari 2021. : KitaReporters


Pintu masuk sempadan Kelantan-Terengganu menerusi Kampung Pacakan, Kuala Besut


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sekatan jalan raya:

https://kitareporters.com/search?search=sekatan+jalan


Lima sekatan jalan raya yang disenaraikan ialah tiga di Kemaman dan dua di Besut yang merupakan SJR tetap bagi memastikan tiada individu dari zon merah melepasi masuk ke negeri ini.

Bagi pintu masuk melalui Pahang menerusi pintu masuk di Kemaman, sekatan jalan raya akan diadakan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Perasing, menerusi pintu masuk ke Besut, SJR ditempatkan di Kampung Pachakan dan Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Manakala satu lagi pintu masuk ke Terengganu melalui Kelantan bagi laluan Jertih pihaknya bekerjasama dengan Kontinjen Polis Kelantan yang menempatkan SJR Bukit Yong.

Bagi kawasan Jerteh dan Bukit Yong, SJR di bawah penyeliaan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan.


Pintu masuk dari Kelantan ke Terengganu melalui Bukit Yong-Jertih.


Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya menyediakan 1,000 pegawai dan anggota akan digerakkan bagi memantau serta melakukan rondaan sepanjang PKPB ini termasuk di pasar raya, kawasan perumahan dan tempat awam.

"Penugasan kita bukan hanya di SJR tetapi pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat ketika berada di tempat awam, " katanya.


GAMBAR FAIL... Roslee Chik memantau pergerakan kenderan di SJR Padang Luas, Jertih, Terengganu pada 25 Mei 2020. - Kredit foto: Ihsan polis Terengganu


Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik


Beliau berkata, pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang PKPB.

Katanya, dalam tempoh berkenaan, hanya dua orang dibenarkan berada dalam satu kenderaan.

Roslee berkata, jika terdapat penumpang yang lebih di dalam satu kenderaan, pihak polis akan meminta mereka berpatah balik selain pemakaian pelitup muka susulan peningkatan kes Covid-19 yang begitu ketara.


 

Laluan LPT Perasing turut menempatkan SJR bagi pintu masuk ke Terengganu melalui Pahang


Sementara itu, situasi terkini pandemic COVID-19 di negeri Terengganu menjelang pelaksanaan PKPB pada 12 Januari 2021, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan empat kes sembuh dan 20 kes baru COVID-19 menjadikan terdapat 178 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 545 kes.

Kesemua 178 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu (HHT), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), PKRC Marang dan PKRC ILKKM Kuala Terengganu. - KitaReporters



8
2
2
2
1
You will be interested