Alam & Sains 27 Jul, 2020

Daun kapal terbang tak boleh dimakan! Sebabkan kanser hati!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

RAMAI yang percaya daun kapal terbang atau nama saintifiknya Chromolaena Odorata Syn Eupatorium Odoratum boleh merawat penyakit kencing manis atau diabetes. Malah, ramai yang berkongsi khasiat daun tersebut dalam media sosial sedangkan ia sebenarnya mengandungi pyrolizidine alkaloid yang merupakan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser hati! : KitaReporters


Dr Che Puteh Osman merupakan ahli kimia terutamanya berkaitan tumbuh-tumbuhan.


Lagi cerita-cerita berkaitan petua:

https://kitareporters.com/search?search=petua


Pendedahan oleh seorang ahli kimia bernama Dr. Che Puteh Osman diharap dapat membuka mata semua orang berkenaan bahayanya daun kapal terbang sekiranya dimakan. 

Menurut Dr Che Puteh dalam media sosialnya, dia tampil memberi kenyataan setelah diberitahu oleh seorang rakannya dalam Facebook mengenai hantaran berkenaan petua kononnya rendaman daun kapal terbang mampu merawat diabetes.

“Tadi ada seorang kawan Facebook saya tag di hantaran di bawah berkenaan petua kononnya rendaman daun kapal terbang merawat diabetes.

“Daun kapal terbang atau nama saintifiknya Chromolaena Odorata Syn Eupatorium Odoratum mengandungi sebatian kimia dari kumpulan alkaloid pyrrolizidine.

“Alkaloid pyrollizidine adalah sejenis karsinogen dan boleh menyebabkan kanser hati dalam tempoh panjang. Dalam tempoh pendek, ia boleh menyebabkan keracunan,” jelasnya.


Namun demikian, Dr Che Puteh tidak menafikan bahawa daun kapal terbang sangat berguna untuk menghentikan pendarahan.

“Pokok kapal terbang ini berguna bagi menghentikan pendarahan apabila anda tiada akses pada kemudahan rawatan moden. 

"Kandungan tetrahydroxyflavone di dalam daunnya mencetuskan koagulasi darah dan menghentikan pendarahan.

“Seeloknya terus ke hospital apabila luka dalam dan tekap tempat luka untuk mengelakkan pendarahan berterusan.

“Pokok kapal terbang adalah sejenis rumpai yang berguna untuk kawalan biologi dan mengekalkan kesuburan tanah. 

"Betul setiap ciptaan Allah SWT ada guna. Tapi tidak semestinya sebagai ubat,” tulisnya.

Penjelasan yang sangat berguna daripada Dr Che Puteh itu turut dikongsi oleh Facebook milik Public Health Malaysia yang mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan petua yang tidak berasas.

“Perhatian kepada individu yang menyiarkan petua ini dan 13,000 netizen yang berkongsi petua tersebut.

“Daun ini berguna untuk kegunaan luar bagi menghentikan pendarahan apabila tiada akses pada kemudahan rawatan moden.

“Daun kapal terbang bukan untuk dimakan kerana ia mengandungi bahan penyebab kanser Alkaloid Pyrrolizidine dan dalam tempoh pendek boleh menyebabkan meracunan.

“Berhati hati dengan info dan petua yang dikongsi dalam media sosial,” seru mereka kepada orang ramai.


Semoga dengan penjelasan ini orang ramai tidak mudah terpedaya dan menjadikan daun kapal terbnag sebagai makanan.

Bak kata Dr Che Puteh, memang benar setiap kejadian Allah SWT itu ada kegunaannya tetapi tidak semua boleh dimakan atau dijadikan ubat! - KitaReporters

1
8
0
3
2
You will be interested