BIASA kita dengar motosikal berkuasa tinggi sering mengeluarkan bunyi enjin padu dan sedap didengar. Ada juga motor yang bunyi dia sangat terhad. Sedar-sedar berdesup ja lalu tepi kita. Ye lah, motor harga kereta kot, mestilah bunyi pun terbaik. : KitaReporters
Kredit foto: FB Motoqar.
Sebab itu golongan orang kaya suka beli motosikal berkuasa tinggi sebab boleh konvoi atau ke mana-mana dengan pantas.
Laju pun laju. Baru berkelas orang kata!!
Jangan kira sesetengah 'mat motor' yang ubah suai enjin motor tu, dari jauh dah boleh dengar, dah la bising, rasa macam paling sesuatu suruh diam!!!
Kalau sebelum ini, bunyi ezos buat sesetengah masyarakat rasa sakit telinga, mari lihat video ini dan mesti anda suka dengar ezos motor lepas ini.
Ok baik, dengan kepesatan teknologi ketika ini, tidak mustahil guys satu hari nanti enjin motosikal bakal direvolusikan.
Kredit video: FB Motoqar.
Lagu hari jadi guys, bukan beshe-beshe ya!!
Jadi lepas ini kalau ada sambutan hari jadi, bolehla buat macam ini.
Baru sambutan hari jadi lain dari lain. Biasa orang nyanyi tapi kali ini motosikal yang tolong dendangkan lagu untuk anda.
Ketika ini, mereka mungkin sedang menguji kebolehan dan mencari idea agar ia benar-benar terjadi.
Bayangkanlah kalau benar-benar terjadi, fuhh mesti meriah weiii, atas jalan penuh dengan lagu pelbagai versi.
Kalau jalan tengah jem pun, motosikal ini boleh pasang lagu lagi.
Tak perlu radio atau sound seperti kereta.
Semua itu tidak mustahil. Jadi lepas ini mungkin enjin kereta pula boleh keluarkan bunyi.
Kalau ini terjadi, bertambah meriah la, jem ketika balik kampung untuk beraya, semua kereta buka lagu raya, baru rasa suasana raya.
Macam mana pula bagi perlumbaan Formula One atau motor Grand Prix (GP)?
Takkan mereka ini nak buat macam itu juga, hilanglah seri perlumbaan.
Tapi, tak salah kalau mencuba, mana tahu bertambah meriah perlumbaan itu nanti!!!! - KitaReporters