Alam & Sains 12 Jul, 2020

Kejohanan PUBG Mobile World League! Season Zero dah bermula!

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this

PUBG Mobile World League (PMWL) Season Zero, sebuah program e-sukan global PUBG Mobile yang baru diperkenalkan telah bermula pada 10 Julai 2020 lalu. Akibat daripada penularan pandemik di seluruh dunia, PMWL telah diubah kepada format dalam talian dengan 20 pasukan menyertai Liga Timur Dunia dan 20 pasukan lagi menyertai Liga Barat Dunia. : KitaReporters 


Disokong oleh Mountain Dew sebagai minuman rasmi kejohanan, PMWL Season Zero bakal menyaksikan semua pasukan bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan yang berjumlah AS$850,000 (RM3.63 juta).

Dalam satu kenyataan, PUBG Mobile memberitahu, Liga Timur PUBG Mobile World League (PMWL) Season Zero bermula pada 8:00 malam waktu Malaysia, manakala Liga Barat pula dijadual bermula pada 2:00 pagi waktu Malaysia, mulai 10 Julai 2020.

Ia juga disiarkan secara langsung dalam 13 bahasa dalam saluran YouTube PUBG Mobile Esports.


Selepas Minggu Pembukaan PMWL Season Zero pada 10 hingga 12 Julai, pasukan-pasukan berkenaan akan dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan bagi setiap kumpulan. 

Kumpul berkenaan akan bertanding sesama sendiri pada setiap Selasa dan Rabu, selama tiga minggu. 

Sebanyak 16 kumpulan terbaik yang muncul dalam tempoh tiga minggu tersebut akan mara ke perlawanan Super Weekend yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Julai 2020.

Pada peringkat ini, pasukan-pasukan akan bertanding bagi mendapatkan World League Points dan merebut hadiah wang tunai. 

Format ini akan berterusan selama tiga minggu lagi bagi Perlawanan Liga Timur dan Barat.


Sejumlah 16 pasukan terbaik dari setiap liga, yang akan ditentukan berdasarkan World League Points yang berjaya diperoleh semasa Super Weekend, akan mara ke peringkat Akhir PUBG Mobile World League pada 7 hingga 9 Ogos 2020, yang masing-masing akan diadakan untuk Timur dan Barat bagi menentukan siapakah yang layak untuk dinobatkan sebagai pasukan terbaik daripada setiap liga.

PUBG Mobile adalah permainan video mudah alih yang berasaskan Player Unknown Battlegrounds (PUBG), satu fenomena ‘battle royale’ sejati yang menggemparkan dunia hiburan interaktif sejak 2017.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai berita e-Sukan PUBG Mobile yang akan datang, sila saksikannya di dalam laman Facebook rasmi PUBG Mobile. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested