SEMUA orang tahu bahawa Rabu, 18 Mac 2020, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Di mana larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan sosial dan budaya. Namun rakyat Malaysia masih berdegil untuk keluar tanpa mengambil berat arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. : KitaReporters
Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Kini tular beberapa foto dan video memaparkan beberapa masyarakat yang tidak langsung mempunyai perasaan takut ataupun risau untuk berkunjung ke kedai makan dan menjamu selera.
Difahamkan dari video ini yang dipercayai di Kuala Langat memaparkan pihak berkuasa sedang membuat rondaan dan mengarahkan peniaga menutup premis mereka serta merta.
Kredit foto: FB Majlis Perbandaran Kuala Langat
Namun masyarakat di Malaysia tidak terkesan langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana mereka masih bersesak dalam keadaan ramai orang.
Apa yang lebih mengejutkan tindakan mereka yang degil ini bukan hanya berlaku di Kuala Langat, tetapi di Pasar Air Hitam, Pulau Pinang.
Masih ramai yang berkunjung membeli barang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Rata-rata netizen yang melihat foto dan video tular ini berasa sangat geram kerana mereka ini cuma pentingkan diri sendiri sahaja dan bakal menyusahkan semua orang.
Jadi kepada anda semua, luangkan masa di rumah mengikut arahan kerajaan bersama keluarga agar faktor penularan Covid-19 berkurang. - KitaReporters