Penganjuran Taiping Bird Week 2025 (TBW 2025) edisi keenam oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) mendapat sambutan yang dalam kalangan penggemar burung dalam dan luar negara.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan Taiping Bird Race, Taiping Photo Run, Taiping Bird Talk dan Hornbill Fun Walk .
Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, program ini telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah, jurugambar, pencinta alam, dan penduduk tempatan.
Beliau berkata, antara aktiviti utama yang diadakan ialah Pertandingan Taiping Bird Race Kategori Sekolah, yang menyaksikan penyertaan 35 kumpulan melibatkan 105 orang peserta.
Katanya, bagi Kategori Terbuka, sebanyak 11 kumpulan dengan 33 orang peserta turut mengambil bahagian, menampilkan semangat kesukanan dan minat mendalam terhadap dunia burung.

Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan idris A’Fifullah Shah (tengah) ketika merasmikan penutupan Taiping Bird Week 2025 di Taiping.
“Selain itu, Pertandingan Taiping Photo Run turut menarik minat 23 peserta yang kreatif dalam merakam spesis burung terbanyak sekitar Larut dan Matang.
“Tidak ketinggalan, aktiviti larian santai Hornbill Fun Walk telah mencatatkan penyertaan tertinggi, iaitu seramai 700 orang, menunjukkan sokongan padu Masyarakat manakala Program Taiping Bird Talk pula telah berjaya menarik kehadiran lebih 200 orang peserta.
"Sekali gus menjadi platform perkongsian ilmu dan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan habitat burung di kawasan Taiping,” katanya dalam ucapan pada majlis penutupan Program Taiping Bird Week 2025 (TBW 2025) di Pavillion Zoo Taiping & Night Safari di Taiping pada 12 Oktober 2025.
Majlis penutup TBW 2025 disempurnakan oleh Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’Fifullah Shah.
Raja iskandar Dzukarnain Sultan idris (tengah) melihat beberapa ekor burung yang dipamerkan di Pavillion Zoo Taiping & Night Safari di Taiping.
Khairul Amir berkata, penganjuran TBW 2025 ini bukan sahaja menyerlahkan peranan Taiping sebagai destinasi ekopelancongan unggul, malah turut memperkukuh imej bandar ini sebagai bandar warisan semula jadi yang berdaya maju dan lestari.
Menurut beliau, paling penting, penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan serta masyarakat tempatan membuktikan bahawa semangat kerjasama dan kepedulian terhadap alam sekitar masih utuh di hati warga Taiping.
Katatanya, TBW 2025 pertama kali diadakan sejak 2017, edisi kedua (2021), ketiga (2022), keempat (2023) dan kelima pada 2024.

Raja Iskandar Dzurkarnain (dua, kiri) menyerahkan replika cek kepada Kumpulan Mighty Roaring Sparrow Hawk yang muncul johan kategori terbuka
Sementara
itu, Kumpulan Mighty Roaring Sparrow Hawk dari Pulau Pinang dinobatkan johan
Kategori Terbuka Pertandingan Bird Race membawa pulang wang tunai (RM1,500), satu unit OM system Tough TG-7 , 3 unit Mini Spritzer Dispenser, piala, baucer percuma tiket masuk Zoo Taiping dan sijil penyertaan.
Mereka
berjaya mendapat gambar 94 spesis burung apabila pertandingan diadakan selama
dua hari pada 11 hingga 12 Oktober 2025.
Tempat kedua
dimenangi Kumpulan Gerempung Malkoha dari Selangor meraih hadiah wang tunai (RM1.000), satu unit binocular LR 10x34 Optisan Sport Optic, 3 unit mini Spritzer
Dispenser, piala, baucer percuma tiket ,asuk Zoo Taiping dan sijil penyertaan. Kumpulan itu berjaya mendapat 92
spesis.
Kumpulan Taman Negara Flycather (Pahang) pula menang tempat ketiga dengan hadiah wang tunai (RM800), satu unit binocular LR 8x34 Optisan Sport Optic, 3 unit mini Spritzer Dispenser, piala , baucer percuma tiket masuk Zoo Taiping dan sijil penyertaan. Kumpulan ini mengumpul gambar 86 spesis.

Bagi ketegori Sekolah Menengah, johan dan naib johan dimenangi Kumpulan Power Rangers mengumpul gambar 38 spesis dan Bunga Raya dengan 34 spesis.
Kedua-dua kumpulan ini mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klian Pauh meraih hadiah wang tunai RM300 dan RM200, piala, tiket masuk zoo dan sijil penyertaan.

Taiping
Photo Run pula dimenangi oleh Muhammad Haziq Farhan Shiful Adli dari Perak
membawa pulang wang tunai (RM1,000), satu unit Canon Pixma
TS5370a, satu unit Spritzer Water Pump Dispenser, piala, baucer percuma tiket masuk Zoo Taiping dan Sijil penyertaan.
Tempat kedua
dimenangi Muhamad Hafiz Yazid dari Pulau Pinang memenangi wang tunai (RM700), satu unit
Canon Pixma MG2570S, satu unit Spritzer Water Pump Dispenser, piala, baucer percuma tiket masuk Zoo Taiping dan Sijil penyertaan.
Muhammad
Faris Redzuan Mohd Noor dari Kedah pula menang tempat ketiga dan membawa pulang (RM500), satu unit Canon Pixma
MG2570S, satu unit Spritzer Water Pump Dispenser, piala, baucer percuma tiket masuk Zoo Taiping dan Sijil penyertaan.
Hadiah-hadiah
kepada para pemenang telah disampaikan oleh Raja Iskandar Dzurkarnain. -KitaReporters