Alam & Sains 13 Dec, 2020

Nak elak virus COVID-19! Kru kabin pakai lampin pakai buang!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

LAMPIN pakai buang biasanya hanya dipakai oleh bayi atau kanak-kanak atau orang tua yang uzur kerana mereka tidak berupaya mengurus diri, terutama apabila membuang air kecil atau besar. Tetapi tahukah anda dalam satu perkembangan menarik, kakitangan atau kru kabin syarikat-syarikat penerbangan di China kini dikehendaki memakai lampin pakai buang dewasa, terutama bagi penerbangan jarak jauh? : KitaReporters


CHINA EASTERN antara syarikat penerbangan terbesar di China. - Kredit foto: South China Morning Post


Lagi kisah-kisah berkaitan penerbangan:

https://kitareporters.com/search?search=penerbangan


Memetik laporan Independent, langkah ini bertujuan mengelakkan kakitangan kabin menggunakan tandas dalam kapal terbang dan dengan itu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Melalui pekeliling garis panduan terbaharu Pihak Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), kakitangan kabin hanya dibenarkan menggunakan tandas dalam keadaan sangat memerlukan.

Kesemua peraturan ditetapkan ini perlu dipatuhi terutama bagi destinasi di mana kadar penularan Covid-19 melebihi 500 orang bagi setiap sejuta orang.


KAKITANGAN KABIN syarikat penerbangan di China kini dikehendaki memakai lampin pakai buang dan tidak  menggunakan tandas kapal terbang kecuali sangat perlu bagi mengelak jangkitan Covid-19. - Kredit foto: Getty Images


Selain itu langkah-langkah pencegahan lain yang perlu dipatuhi termasuklah memakai pelitup muka perubatan (medical protective masks) dan sarung tangan perubatan dua lapis.

Juga perlu dipakai ialah gogal (googles), topi pakai buang, pakaian perlindungan pakai buang serta pelitup kasut pakai buang.

Bukan setakat itu, CAAC juga mahu kabin kapal terbang dibahagi kepada empat bahagian utama, iaitu kawasan bersih, zon penampan, kawasan penumpang dan kawasan kuarantin.

Kesemua empat bahagian ini hendaklah diasingkan dengan menggunakan langsir pakai buang.

Kawasan kuarantin yang ditetapkan ialah tiga barisan di sebelah belakang kapal terbang yang akan menjadi kawasan kuarantin kecemasan jika keadaan memerlukan.

Pada masa sama, pihak CAAC juga menitikberatkan kesihatan mental kakitangan kabin. Ia mahu segala usaha dilakukan untuk menilai keadaan kesihatan mental kakitangan kabin yang dianggap sebagai barisan hadapan penerbangan.

Dalam hubungan ini, penjadualan tugas untuk penerbangan antarabangsa hendaklah dilakukan setelah mengambil kira keadaan psiokologi kakitangan, personaliti, tekanan hidup keluarga, sistem sokongan sosial dan kriteria lain yang memerlukan pertimbangan. 


GAMBAR FAIL... Kakitangan kabin Eastern Airlines China bertugas dalam penerbangan. - Kredit foto: China Daily


Sekalipun pandemik Covid-19 bermula di Wuhan, China, negara itu telah berjaya mengurangkan kadar penularan jauh lebih pantas daripada kebanyakan negara Eropah dan Amerika.

Pandemik tersebut menjejaskan teruk industri penerbangan China tetapi kini permintaan untuk penerbangan domestik telah pulih dan kembali kepada era sebelum pandemik.

Bagaimanapun pada waktu ini, penerbangan dari United Kingdom ke China masih digantung. Kedutaan China telah pun mengumumkan penggantungan sementara kemasukan bukan rakyat China dari United Kingdom atau pemegang visa China atau pemegang permit kediaman China.

Namun kelonggaran diberi di mana rakyat British boleh memohon visa dalam keadaan kecemasan. Tetapi pemohon perlu mendapatkan Borang Pengisytiharan Kesihatan daripada Kedutaan China serta bukti mengambil ujian Covid-19 tidak melebihi 48 jam sebelum berlepas.

Kesemua penumpang luar negara tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan apabila sampai dan dikuarantin 14 hari dengan perbelanjaan ditanggung sendiri. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested