Alam & Sains 26 May, 2021

Berita Terkini| Kerja pemulihan LRT laluan Kelana Jaya diteruskan! Operasi sepenuh masa, 3 syif!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KERJA-kerja pemulihan dilakukan sepenuh masa melibatkan pelbagai jabatan termasuk kejuruteraan dan teknikal. Kredit Foto prasarana.


OPERASI mengeluarkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terlibat dalam kemalangan berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin malam, 24 Mei 2021 lalu diteruskan.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pemulihan itu dilakukan sepenuh masa dengan operasi tiga syif oleh kakitangan daripada pelbagai jabatan termasuk kejuruteraan dan teknikal.

“Kerja-kerja pemulihan berjalan lancar dan dijangka akan selesai dalam masa tiga hari seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Sejurus selepas kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa pada malam berkenaan, pasukan pemulihan memulakan kerja mereka serta merta dengan membuat penilaian terhadap kerosakan dan diikuti dengan kerja-kerja awalan sebelum memulakan kerja-kerja pemulihan,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana pada Rabu, 26 Mei 2021.

Bahagian paling mencabar adalah untuk memisahkan gerabak-gerabak untuk kedua-dua tren dan menaikkan enam gerabak yang tergelincir kembali ke atas landasan.

“Sehingga malam tadi, lima daripada enam gerabak berkenaan sudah berjaya dinaikkan. Kerja-kerja hari ini tertumpu kepada gerabak terakhir; dan kerja-kerja berkaitan dengan proses mengeluarkan tren, yang kemudiannya akan dibawa ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang,” tambah kenyataan berkenaan.

Jelasnya, kerja-kerja hari ini tertumpu kepada gerabak terakhir dan berkaitan dengan proses mengeluarkan tren, yang kemudiannya akan dibawa ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang . - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SEMUA kakitangan  prasarana yang terlibat dengan kerja-kerja pemulihan berkumpul sebelum memulakan operasi .

0
0
0
0
0
You will be interested