PARA tetamu undangan berada di dalam air banjir ketika bersalam dengan pengantin lelaki di atas pentas di Cilacap, Jawa Tengah, baru-baru ini. - Kredit foto: Suara.com
MUSIM banjir yang berpanjangan bukan menjadi satu penghalang bagi sepasang kekasih untuk melangsungkan perkahwinan mereka yang menempatkan pelamin di atas pentas yang dikelilingi air banjir. Keadaan itu merupakan suatu kenangan yang terindah.
Baru-baru ini, sepasang pengantin yang tidak diketahui nama mereka tinggal di Desa Nusawangkal, Kabupaten Cilacap, Jawa Tengah itu tetap meneruskan acara pernikahan mereka walaupun air bah setinggi lutut orang dewasa di kawasan rumah pengantin.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
TETAMU wanita terpaksa naik di pentas untuk bersalaman dengan pengantin wanita. - Kredit foto: Suara.com
Pasangan terbabit termasuk ahli keluarganya dalam kepayahan nekad meneruskan majlis perkhawinan mereka kerana tidak mahu menangguhkan upacara akad nikah itu yang telah ditetapkan dari awal lagi pada hari berkenaan.
Melalui video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @instakroya official menampakkan air banjir di kawasan rumah pengantin tersebut tetapi tetap dihadiri tetamu yang diundang.
WALAUPUN situasi banjir, dua penghibur tempatan tetap disediakan bagi memeriahkan majlis perkahwinan sepasang pengantin baharu. - Kredit foto: Suara.com
Suara.com pada 20 Mac 2022 lalu dipetik mengatakan bahawa para tetamu yang diundang terpaksa mengharungi air banjir berwarna coklat untuk hadir ke majlis itu di samping mereka menikmati makanan yang disediakan di atas meja.
Menerusi video berkenaan, para tetamu undangan dilihat terpaksa menaiki pentas untuk berjumpa dan memberi hadiah kepada pengantin tersebut.
JURUGAMBAR juga terpaksa mengharungi air bah untuk merakam gambar pengantin. - Kredit foto: Tribunnews.com
Ibu bapa pula terpaksa mendukung anak-anak yang dibawa bersama ke majlis itu agar pakaian anak mereka tidak terkena air.
Dalam pada itu, penghibur tempatan turut diundang khas untuk menyampaikan persembahan nyanyian di pentas bagi memeriahkan majlis perkahwinan itu yang diadakan secara sederhana akibat musim banjir.
Kredit foto : Suara.com
Sementara itu, pengantin wanita berkata walaupun dalam
situasi sedemikian pihak keluarganya tidak mahu menunda majlis perkahwinannya
pada hari lain kerana segala peralatan perkahwinan telah ditempah dan surat
jemputan juga sudah diedar sejak bulan Februari 2022 lepas lagi.
Dia berkata, jikalau keluarganya menanguhkan tarikh perkahwinan mereka pada hari lain kemungkinan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi.
Kredit foto : Suara.com
“Dari satu sudut kenduri kahwin diadakan pada musim banjir ini, kami dapat melihat sejauh mana sahabat handai dan sanak saudara yang sudi hadir dengan mengharungi air sedalam paras lutut bagi meraikan majlis perkahwainan saya.
“Di samping itu, kami dapat melihat juga jiran tetangga yang dijemput dapat membantu atau bergotong royong bagi menjayakan majlis perkahwinan kami,” kata pengantin wanita itu.
PARA tetamu terpaksa mengharungi air banjir untuk hadir ke majlis pernikahan itu. - Kredit foto: Tribunnews.com
Apa-apa pun, majlis perkahwinan yang dilangsungkan bersama air bah akibat hujan berpanjangan ketika itu, ia sudah pasti membawa seribu kenangan yang sukar dilupakan bagi pasangan pengantin baharu itu selain ahli keluarga yang terlibat. - KitaReporters
Kredit foto: Tribunnews.com