Alam & Sains 22 Nov, 2020

Rezeki di kampung halaman! Suri rumah jadi usahawan salon!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

YAKIN rezeki ada di mana-mana, seorang suri rumah di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu nekad berhenti kerja di Kuantan untuk pulang ke kampung demi keluarga. Kini, Mariani Mohamad, 30, mampu peroleh hingga RM4,000 sebulan hasil mengusahakan salon dandanan rambut. : KitaReporters 



Mariani Mohamad memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang datang ke aNNY Han Salon& Vendor diusahakannya di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu. 


Lagi kisah-kisah berkaitan pengusaha:

https://kitareporters.com/search?search=pengusaha


Ibu kepada seorang anak berusia dua tahun ini berkata dia bagaikan bermimpi pada siang hari memiliki salon dinamakan aNNy HAN Salon & Vendor yang baharu sahaja dirasmikan pada Oktober 2020 hasil sokongan pelbagai pihak terutama Empower ECER Hulu Terengganu serta Felda

Berkongsi cerita, Mariani berkata selepas pulang ke kampung sekitar pertengahan tahun lepas dia berniat untuk terus punyai pendapatan sendiri kerana tidak mahu bergantung harap sepenuhnya kepada kewangan suami, Mohamad Hanafi Abu Bakar, 28. 


Mariani sewaktu hari perasmian aNNy HAN Salon &Vendor di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu pada Oktober 2020.


 “Saya tidak akan berada pada tahap sekarang sekiranya tidak mengikuti Kursus Wellness Spa di Empower ECER Hulu Terengganu bermula akhir tahun lalu. Saya tidak pernah tahu mengenai Empower ECER ini sehinggalah rakan yang syorkan. 

“Sebelum menyewa sebuah lot kedai di Felda Mengkawang ini, saya terlebih dahulu ambil inisiatif membuka kedai gunting rambut secara kecil-kecilan di rumah ibu bapa di Felda ini juga. Pendapatan diperoleh ketika itu sekitar RM400 sebulan sahaja. 

“Berbekalkan ilmu serta sokongan pelbagai pihak, saya beranikan diri menyewa sebuah lot kedai dengan nama aNNy HAN Salon & Vendor sejak Jun lalu. Tidak sangka pendapatan saya boleh cecah hingga RM4,000 sebulan,” katanya kepada KitaReporters. 


Sebelum menyewa sebuah lot kedai bagi jalankan perniagaan, Mariani terlebih dahulu usahakan perniagaan perkhidmatannya di rumah ibubapanya di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu.


Tambah Mariani, meskipun premis perniagaannya beroperasi di Felda yang terletak kira-kira 40 kilometer daripada pusat pentadbiran daerah iaitu Bandar Kuala Berang, namun ia tetap mendapat sambutan pelanggan termasuk daripada Marang serta Kuala Terengganu. 

Mengakui turut ragu-ragu pada peringkat awal kerana menyewa lot kedai ketika kini banyak perniagaan terjejas ekoran pandemic COVID-19, Mariani bersyukur segalanya berjalan lancar dan selain gunting rambut salonnya turut tawarkan perkhidmatan lain termasuk sauna. 

“Waktu operasi lebih kepada konsep temu janji buat masa ini kerana saya tidak mahu pelanggan menunggu lama untuk medapatkan perkhidmatan. Selain itu juga, ia secara tidak langsung penuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

“Sebalik dugaan COVID-19 ini, ia sebenarnya turut berikan satu kelebihan kepada saya kerana penduduk setempat di kawasan Felda ini tidak perlu lagi keluar jauh kerana perkhidmatan salon kecantikan rambut telah pun ada di aNNy HAN Salon & Vendor ini,” ujarnya. 


Mariani lebih selesa jalankan operasi secara temu janji buat masa kini bagi pastikan pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama selain mematuhi SOP.


Usahawan ini turut memaklumkan buat masa ini dia hanya menerima pelanggan dalam kalangan wanita sahaja dan dia juga mempunyai impian untuk mempelbagaikan lagi perkhidmatan serta mempunyai cawangan pada masa hadapan. 

Katanya lagi, pencapaiannya kini juga sekali gus membuktikan berada di kampung tidak bermakna tiada peluang untuk mencari pendapatan sebaliknya perlu percaya serta yakin rezeki  tetap ada di mana-mana asalkan berusaha. - KitaReporters 


Mariani (dua dari kiri) sewaktu perasmian salonnya pada Oktober 2020


1
2
0
0
0
You will be interested