SEJAK Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat mengamalkan budaya hidup berkonsepkan “New Norma” atau Norma Baharu sepanjang dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19, ia sememangnya disambut baik oleh orang ramai. : KitaReporters
Malah, saranan Perdana Menteri itu tidak sia-sia kerana rakyat negara ini sememangnya kreatif untuk melakukan kerja yang luar biasa daripada kebiasaan.
Pengalaman pelik tapi menarik itu dikongsi seorang posmen yang sedang melakukan tugas penyerahan item pos kepada penghuni di sebuah premis bertingkat di Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Seorang pelanggan yang berada di tingkat tiga sebuah premis menggunakan joran mengambil barang (dalam bulatan) daripada posmen yang menunggu di bawah
Apa tidaknya, sebaik tiba di premis berkenaan posmen terbabit terkejut apabila penerima item kiriman itu tiba-tiba menghulurkan joran pancing dari tingkat tiga untuk mengambil item berkenaan daripada posmen serahan yang sedang menunggu di bawah premis itu.
Sorang penghuni sebuah bangunan sedang menghulurkab batang jorang kepada Posmen
Kata posmen itu, ingatkan dalam cerita Santan Berlada, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sahaja ada aksi joran ini, rupanya dalam kehidupan sebenar pun ada yang menggunakan joran untuk mengambil bungkusan dan surat.
Beliau berkata, perkara itu bukan drama sebaliknya betul-betul berlaku dan amalan Social Distancing (penjarakan sosial) paling menarik.
Posmen penyerahan menunjukkan lokasi premis milik seorang penghuni menggunakan joran mengambil barang pos
“Brader yang pakai joran ini dah lama tak mengail ikan.
"Ketagih hendak memancing barangkali, jadi terhiburlah dia sekejap dengan memancing guna bungkusan yang dikirim oleh Posmen.”
Begitulah catatan seorang posmen dalam Facebook Friend Of Posmen.
Posmen tetap keluar membuat serahan walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Tambah catatan itu, Abam Posmen ini menceritakan sendiri brader ini malas turun ke bawah untuk ambil surat dan bungkusan itu.
Jadi dia hulurkan joran sahaja untuk mengambil barangan dia.
Katanya, kejadian berlaku kerana posmen serahan itu hendak masuk menghantar
ke pintu rumah tetapi tidak boleh kerana perlukan kad akses, jadi bila panggil
pelanggan berkenaan turun, tapi dia tidak mahu
sebaliknya menghulurkan batang joran
untuk mengambil item pos.
“Sepanjang bertugas sebagai seorang posmen selama tiga tahun, inilah kali pertama abam Posmen ini berhadapan dengan customer unik sebegitu,” menurut catatan dalam Facebook itu.
Katanya, macam-macam ragam orang ketika musim PKP ini.
Silap-silap dengan GrabFood dan Food Panda pun dia guna joran juga agaknya. - KitaReporters
po