Canggih 20 Nov, 2020

17 kes baharu COVID-19! Wajarkah Kelantan diletak bawah PKPB?

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

PELBAGAI pandangan dan pendapat disuarakan oleh penduduk Negeri Kelantan jika ada kemungkinan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut. Ketika ini penduduk Kelantan bersama Pahang dan Perlis masih terkecuali daripada pelaksanaan PKPB berbanding negeri lain yang dikenakan perintah berkenaan. : KitaReporters 



Kes COVID-19 mengikut negeri yang direkodkan pada 19 November 2020


Lagi kisah-kisah berkaitan Kelantan:

https://kitareporters.com/search?search=kelantan


Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Izani Husin memberi bayangan bahawa negeri itu berkemungkinan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Izani Husin


Susulan itu, penduduk Kelantan khususnya dalam kalangan netizen yang memberi maklum balas menzahirkan persetujuan jika kerajaan melaksanakan PKPB dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19 merebak di negeri tersebut.

Dr Izani memberi bayangan itu dalam catatan menerusi kemas kini status dalam laman Facebook peribadinya pada 19 November 2020.



Status yang dicatatkan oleh Dr Izani Husin dalam akaun Facebook miliknya


“Kalu kito buat PKPB seluruh Kelantan lagu mano? Setuju ko? (Kalau kita laksanakan PKPB seluruh Kelantan macam mana? Setuju ke?),” katanya Izani.

Kehendak netizen yang ingin pelaksanaan PKPB di negeri tersebut ada kewajarannya berikutan pada 19 November 2020, Kelantan mencatatkan 17 kes baharu.


Kes positif COVID-19 Kelantan mencatatkan 17 kes pada 19 November 2020


Bagaimanapun, ramai juga yang berpendapat bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan PKPB di Kelantan kerana ia akan membantutkan ekonomi dan pergerakan masyarakat di negeri itu.

Berdasarkan rekod, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020. - KitaReporters

You will be interested

Aplikasi i-Sinar palsu! KWSP gesa pencarum tak mudah percaya

Menurut KWSP, aplikasi palsu i-Sinar untuk curi data peribadi orang ramai. KWSP tak pernah lantik pihak ketiga untuk uruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahli

Remaja maut disambar petir! Ralik main telefon sedang dicaj!

Remaja M Wahid meninggal dunia akibat terkena panahan petir semasa main permainan telefon dalam talian ketika telefon yang sedang dicaj di sebuah warung di Jawa
Zuhayati Yazid in Canggih 18 hours ago

Video| Samalah! Lukisan wajah si pemakai pada pelitup muka!

Seorang lelaki Brazil, Jorge Roriz, 65, gunakan kebolehan diri sebagai pereka kostum untuk hasilkan pelitup muka yang menyerupai ciri fizikal wajah si pemakai
Zuhayati Yazid in Canggih 1 day ago

Gadis habiskan 234 jam untuk tatu tubuhnya! Termasuk anunya!

Julia Nuno habiskan masa selama 234 jam untuk penuhkan seluruh badannya dengan tatu. Pada Oktober 2020, dua beranikan diri melukis tatu pada kemaluannya sendiri
Sarfarizmal Saad in Canggih 1 day ago

Simba, si kucing yang berani! Halau gajah rosakkan tanaman!

Simba, seekor kucing, bertindak berani halau seekor gajah yang rosakkan tanaman yang ditanam oleh pemilik kucing itu di sebuah kampung di Nakhon Nayok, Thailand
Adnan Mohamad in Canggih 2 days ago