Alam & Sains 13 Nov, 2020

Video| Orang Islam cipta vaksin COVID-19! Sahin dan Tuereci!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

ANDA pernah dengar Pfizer? Mungkin sebelum ini kita jarang dengar dan tahu apakah itu Pfizer. Tapi rasanya, setiap lelaki di dunia ini kenali dan tahu apa itu pill Viagra yang dihasilkan oleh syarikat ini. Namun hikmah pandemik COVID-19 ini memberi peluang untuk kita kenal dan ambil tahu pelbagai perkara dalam dunia kesihatan, termasuklah Pfizer. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Pfizer merupakan syarikat farmaseutikal yang memasarkan penemuan baharu dalam bidang sains perubatan iaitu vaksin bagi COVID-19.

Yang menariknya untuk diceritakan bukanlah syarikat ini, namun vaksin yang akan dipasarkan oleh mereka ini adalah diambil dari dua orang doktor yang telah berjaya membangunkan vaksin tersebut.



Inilah dua wajah doktor saintis berkenaan yang telah berjaya membangunkan vaksin COVID-19 yang menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan wabak maut tersebut. Ia adalah vaksin buatan Pfizer dan BioNTech sendiri.

Pelengkap kepada menariknya cerita ini adalah, pasangan saintis berkenaan adalah dua Muslim dari Turki iaitu Dr Ugur Sahin dan Dr Oezlem Tuereci. Mereka bertindak sebagai 'pemain utama' di sebalik penghasilan vaksin yang didakwa berkesan itu.

Menurut laporan Daily Mail dan Muslim Mirror, kedua-dua mereka merupakan pakar dalam bidang berkaitan. 

Dr Ugur mempunyai kepakaran dalam bidang imunoterapi, manakala isterinya merupakan ahli lembaga pengarah di BioNTech, sebuah syarikat miliknya sendiri.



Tambahan cerita menarik, pasangan ini bukan sebarangan saintis, malah mereka merupakan antara 100 orang terkaya di Jerman, namun tetap hidup dalam keadaan bersederhana.

Atas keyakinan terhadap kepakaran yang dimiliki, Yayasan Bill & Melinda Gates turut melaburkan $55 juta dalam syarikat tersebut, sekali gus meletakkan sebesar harapan kepada dunia dalam memperoleh vaksin bagi wabak maut ini.



Sebagai seorang Muslim, kita patut berbangga kerana pasangan yang berusia 55 tahun dan 53 tahun yang mempunyai pegangan akidah sama dengan kita menjadi manusia pertama yang mencipta vaksin bagi wabak tersebut.

Walaupun mungkin keberkesanannya masih belum teruji, namun setidaknya mereka telah berjaya meletakkan nama dalam bidang kesihatan dunia hingga boleh menukar persepsi penduduk dunia bahawa Muslim bukan agama penggalak keganasan, sebaliknya pelopor kepada penciptaan vaksin dalam menyelamatkan nyawa manusia. - KitaReporters


7
0
1
0
0
You will be interested