KASIH sayang adik beradik ibarat air dicincang tidak akan diputus… biarpun sering bertelagah namun disebabkan adik beradik kasih sayang tetap mengalir antara satu sama lain. Kerana kasih kepada adik, adakalanya si abang atau di kakak sanggup lakukan apa sahaja untuk menterjemahkan kasih tersebut. : KitaReporters
Di India, seorang abang 'termakan' pujukan adik lelakinya yang mahukan sut Iron Man sebagai koleksi mainan.
Namun disebabkan kesempitan hidup, dua beradik dari Manipur, India itu tidak mahu menyusah ibu bapa mereka kerana tahu tidak mampu merealitikan impian berkenaan.
Keadaan berkenaan mendorong remaja berusia 20 tahun itu mereka sendiri sut War Machine Marvel daripada bahan-bahan elektrik terbuang.
Hasilnya sangat wow! Walaupun menggunakan bahan terbuang. Kalau dah mahu apa sahaja mesti jadi kan!
SENTUHAN TERAKHIR... remaja berusia 20 tahun itu menyiapkan robotik yang diidamkan adiknya sendiri. - Kredit foto: FB Ningombam Prem Angom.
Memetik Swarajna Magazine, Ningombam Prem tekad menyiapkan mainan adiknya dengan menggunakan kadbod, alat mainan elektronik, lampu kecemasan, picagari dan kerangka pembesar suara.
HANYA menggunakan bahan terbuang akhirnya Ningombam Prem mampu merealisasikan impian adik lelakinya sendiri.
Biarpun
ciptaan itu tidak sehebat sut Iron Man yang disaksikan di kaca televisyen dan
mampu menghasilkan pantulan sinar laser.
Prem
berjaya membuatkan sut ini menyalakan lampu dan menggerakkan bahagian tertentu
yang dikuasakan oleh beberapa motor.
Ternyata kerja tangan itu membanggakan sehingga dia dikenali ramai.
Lebih
menariknya, usaha itu dilakukan sendiri tanpa pernah mendapat latihan asas dalam bidang robotik.
Nilah dinamakan
genius!
Kerana minat
dunia robotik, remaja cekal itu sering mencuba nasib sejak lima tahun lalu dengan
melakukan kerja-kerja robotik.
Dia akhirnya berjaya menghasil beberapa mekanisme robot seperti replika helmet Iron Man dan juga alat penembak sarang labah-labah seperti yang anda lihat dalam filem Spiderman.
BANGGA dengan kerja tangan sendiri.
Selain meminati robotik, Prem juga meminati lukisan dan dikini meneruskan pengajian dalam bidang kesenian di sebuah kolej.
Semoga 'keistimewaan' yang ada dalam dirinya mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga. - KitaReporters