Alam & Sains 04 May, 2021

Berita Terkini| Selangor laksanakan PKP! 6 daerah terlibat! Tak dibenar rentas daerah, negeri!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PERGERAKAN merentas negeri dan daerah bagi enam daerah itu tidak dibenarkan kecuali urusan kecemasan, kematian dan kerja.


ENAM daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai Khamis, 6 Mei hingga 17 Mei 2021 berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Manakala tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Kuala Lumpur, Selasa 4 Mei 2021.

Menurutnya, pergerakan merentas negeri dan daerah bagi enam daerah itu tidak dibenarkan kecuali urusan kecemasan, kematian dan kerja.

"Keputusan ini berdasarkan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement atau Sistem Pengecaman Lokasi Panas Untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang dibangunkan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penularan jangkitan dan kes harian yang tinggi di Selangor," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

2
0
6
0
1
You will be interested