Alam & Sains 21 May, 2023

Nantikan mobile game Empayar: The Melaka Chronicles! Hasil UniVRse Interactive! Sebelum akhir 2023!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Gabungan team UniVRse Interactive bersama team Studio Kembara yang menghasilkan penerbitan permainan digital 'Empayar: The Melaka Chronicles' serta teknologi HajjVerse, bergambar kenangan. - Foto: FAS.


Syarikat teknologi inovatif, UniVRse Interactive Sdn Bhd yang menerima suntikan pelaburan lebih kurang RM1.3 juta dari Studio Kembara Sdn Bhd yang menerbitkan filem pecah panggung ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan' bagi menghasilkan permainan digital berlandaskan seni kepahlawanan Melayu sudah menyiapkan kira-kira 40 peratus daripada tugasan yang diberikan.

Permainan mobile sulung yang bakal siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini (2023) berjudul ‘Empayar: The Melaka Chronicles’  dipersembah melalui treler eksklusif pada majlis ‘Poolside Raya Get Together’ yang berlangsung di Tingkat 17, Poolside, Infinity Tower, Kelana Jaya baru-baru ini.

Hadir menyaksikan treler berkenaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse, Mohd. Hezri Amir Latif dan teamnya adalah Pengarah Urusan Studio Kembara (SK) , Abdul Rahman Mat Dali; Ketua Promosi & Pemasaran SK, Ismail Mat Dali; serta Peguam Korporat SK, Hasan Saidi.




Dibangunkan bersama Studio Kembara, 'Empayar: The Melaka Chronicles' membawa pemain ke dalam perjalanan melalui dunia fantastik, di mana mereka dapat meneroka alam baru, berperang dengan musuh yang ganas, dan membuka kuasa ajaib. "Permainan ini menawarkan visual yang tepat dan jalan cerita yang menarik,” ujar Hezri Amir ketika ditemui.

Majlis turut memperkenal aplikasi HajjVerse.ai, pengalaman haji maya canggih yang dikuasai AI.

“Tetamu dapat melangkah ke dunia simulasi di mana anda boleh meneroka visualisasi 3D Mekah, mempelajari ritual haji, dan menerima bimbingan masa nyata dari Mutawif dikuasai AI,” tambah Hezri.


Mohd Hezri Amir Latif (duduk, dua dari kiri) bersama Abdul Rahman (tengah)  serta Ismail Mat Dali  (kanan) menyaksikan snippets 'Empayar: The Melaka Chronicles' yang ditayangkan.


Aplikasi HajjVerse kini sudah boleh dibuka untuk tatapan umum.


Menurut beliau, melalui HajjVerse.ai. para jemaah Haji atau Umrah boleh memulakan perjalanan transformasi, berhubung dengan jemaah haji maya lain, dan merasai kesatuan umat Islam seluruh dunia.

Tambahnya, sempena musim haji akan datang, para jemaah sudah boleh membuka HajjVerse dan bertanya apa sahaja soalan berkait ibadah haji dan akan dijawab serta merta oleh Mutawif dikuasai AI. 

“Melalui teknologi, HajjVerse.ai membawa pengalaman ibadah haji suci kepada ummah Islam di seluruh dunia,” sambung Hezri yang merupakan peneraju bagi platform Metaverse uniVRse.io di Malaysia.


Hezri memperkenal platform HajjVerse kepada Abdul Rahman dan jemputan yang hadir.


“Pun begitu, HajjVerse masih dalam proses pembangunan dan akan ditambah baik secara berperingkat-peringkat untuk memberikan satu teknologi maya yang canggih dan boleh diguna pakai umum,” jelas beliau.

Untuk rekod, UniVRse Interactive berdedikasi  menyediakan penyelesaian realiti maya terkini dengan fokus kepada meningkatkan kehidupan masyarakat melalui teknologi maklumat, kreativiti, dan inovasi. 

Platform Metaverse mereka menawarkan pelbagai ciri-ciri canggih yang direka khusus untuk mencipta pengalaman yang mendalam dan mengasyikkan untuk pengguna di seluruh dunia. 

UniVRse Interactive pakar dalam AR, VR, dan metaverse terbaharu yang dikuasai AI, menyediakan solusi untuk bilik darjah maya, ruang pejabat maya, persidangan maya, pameran, dan banyak lagi. 

Visi mereka adalah untuk meningkatkan kehidupan orang ramai melalui teknologi maklumat dan mendapat keiktirafan secara global dengan pakar industri dari pelbagai bidang. 



Sementara itu, Abdul Rahman (gambar atas) melahirkan rasa puas hatinya terhadap permainan  digital ‘Empayar: The Melaka Chronicles’ yang dipersembahkan dan berharap mendapat penerimaan golongan muda yang kini ketandusan permainan maya melibatkan seni silat tradisional.

Menurut beliau, dengan wujudnya beberapa permainan produk hiburan bermanfaat yang sedang dalam pembangunan, pihaknya yakin dapat membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai pelbagai seni mempertahankan diri orang-orang Melayu serta senjata-senjata yang wujud di tanah Melayu.

Terdahulu, kerjasama Studio Kembara  sebagai rakan kongsi dengan UniVRse Interactive ditandatangani pada bulan Disember 2022 tahun lalu. - KitaReporters


Snippets 'Empayar: The Melaka Chronicles' dipertontonkan dalam secara eksklusif...

13
10
0
14
0
You will be interested