Alam & Sains 05 Apr, 2023

Luluskan segera! RUU Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022! Bagi agenda Generational Endgame!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Nikotin adalah dadah jenis stimulan yang terdapat dalam rokok tembakau dan produk-produk tembakau yang lain. Nikotin adalah bahan yang menyebabkan seseorang mengalami ketagihan rokok dan produk tembakau yang lain. 

"Tahukah Anda" nikotin juga terdapat dalam buah tomato, ubi kentang dan terung. Walau bagaimanapun, jumlah kuantiti nikotin dalam makanan adalah terlalu rendah untuk menyebabkan ketagihan.


Dr Rashidi Mohamed Pakri Mohamed


Nikotin dalam semua bentuk penyediaan adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan akta ini menyenaraikan nikotin sebagai Racun Kelas C.

Ini bermakna nikotin hanya boleh dibekalkan atau dijual (hanya untuk tujuan rawatan sahaja) oleh Pegawai Farmasi Berlesen dan Pegawai Perubatan Berdaftar.

Walau bagaimanapun, pada 31 Mac 2023, nikotin telah dikeluarkan Akta Racun 1952. Ini termasuk cecair vape bernikotin, tampalan dan gel bernikotin.

Ini akan memberikan kesan yang sangat signifikan di mana tindakan tidak boleh diambil kepada mana-mana pihak dalam  penjualan dan pemasaran e-liquid dan vape yang boleh menyebabkan ketagihan dan mendedahkan remaja kepada dadah Jenis nikotin.

Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat membawa RUU Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah tertangguh dengan kadar segera bagi mengukuhkan agenda Kebangsaan Generational Endgame untuk mewujudkan satu generasi bebas rokok terutama bagi melindungi anak anak Malaysia yang merupakan tonggak masa depan Malaysia tercinta. 


Dr Rashidi Mohamed Pakri Mohamed

Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM)



11
15
0
8
0
You will be interested