Alam & Sains 19 Nov, 2023

Empangan pecah? Simulasi kecemasan Empangan Kenyir langkah siap siaga! Pendedahan awal bencana!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


Empangan Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir di Jenagur, Hulu Terengganu adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia yang dikendalikan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebagai langkah awal hadapi pelbagai kemungkinan sepanjang Monsun Timur Laut ( MTL) tahun 2023 ini termasuk risiko bencana empangan pecah, Latih Amal Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir 2023 telah diadakan.

Bertempat di Residensi TNB, Kuala Berang, Hulu Terengganu, program pada 16 November 2023 itu melibatkan hampir 550 mangsa dari 15 buah kampung berdekatan Empangan Kenyir termasuk empat buah sekolah. 


Kesan runtuhan tanah di tebing Empangan Kenyir pada Februari 2022. 


Pasukan keselamatan membantu mangsa bencana empangan yang tiba di pusat pemindahan. - Kredit foto: FB PKMD Hulu Terengganu 


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Terengganu, Lizan Che Mat berkata latih amal tersebut turut dijayakan oleh lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia.

"Tahap keselamatan empangan ketika ini dijamin selamat serta tidak berisiko memberi ancaman keselamatan kepada penduduk. Namun kita tidak boleh ambil mudah kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Latih amal simulasi ini bagi melihat dan menguji kesiapsiagaan agensi dalam melakukan tindakan operasi menyelamat penduduk di samping memberi kesedaran kepada komuniti, agensi berkenaan pengurusan bencana empangan.

"Ketika ini, selain di kawasan empangan terdapat dua siren amaran kecemasan iaitu di Kampung Jenagur dan Kampung Dura sebagai peringatan awal kepada penduduk supaya berjaga-jaga sekiranya paras air di Empangan Kenyir berada pada tahap kritikal.

"Berdasarkan perancangan, TNB akan pasang dua laghi unit siren iaitu di Kampung Basung dan Kampung Chapu yang terletak berdekatan dengan Tasik Kenyir. Siren amaran ini dijangka boleh didengar jarak hingga lima kilometer," katanya.


LIZAN CHE MAT 


Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Latih Amal Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir 2023 di Residensi TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada 16 November 2023.

Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) & TNB GenCo.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk  Wan Rukhman Wan Hassan, serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Nadma, Meor Ismail Meor Akim.


Latih amal simulasi meningkatkan lagi tahap kemampuan agensi dan jabatan kerajaan terlibat dalam pengurusan bencana. - Kredit foto: FB IPD Hulu Terengganu 



Sementara itu untuk info, stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik yang mempunyai empat turbin dengan keupayaan 100 MW setiap unit atau berjumlah keseluruhan 400 MW. 

Pembinaan empangan dimulakan pada tahun 1978 dan memulakan operasi pada tahun 1987 serta dirasmikan pada tahun 1988 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. - KitaReporters


13
15
0
10
0
You will be interested