Alam & Sains 02 Jan, 2026

Produk jimatkan air wudhu! Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah johan pertandingan Reka+ SPAN!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Rentetan penganjuran pertandingan Reka+ bermula 1 Ogos 2025 lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 30 Disember 2025 telah mengumumkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) sebagai Johan pada penganjuran Reka+ kali pertama melalui produk Superb Wudhu Spigot yang dicipta oleh kumpulan pelajar daripada Politeknik berkenaan yang seterusnya membawa pulang hadiah wang bernilai RM5,000. 



Produk yang ditampilkan johan merupakan peralatan penjimatan air untuk berwudhu yang dapat membantu meminimumkan penggunaan air terawat di rumah ibadat atau persendirian. 

Penentuan pemenang dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk praktikaliti produk, sumbangan terhadap aspek penggunaan air secara berhemat serta kebolehpasaran produk sekiranya dikomersialkan. 

Naib Johan Reka+ 2025 pula disandang oleh kumpulan pelajar daripada Tunku Abdul Rahman University of Mangement & Technology (TAR UMT) yang memperkenal produk Aqua Guard. 

Produk berkenaan berfungsi memantau trend penggunaan air dan memaklumkan melalui notis di telefon sekiranya berlaku kebocoran. Selaku naib johan, mereka membawa pulang hadiah wang RM4,000. 



Manakala tempat ketiga disandang oleh UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) yang mempertaruhkan ciptaan yang diberi nama Injap Self-Closing berfungsi untuk menjimatkan penggunaan air di dalam tandas kediaman. Kumpulan pelajar ini membawa pulang hadiah wang bernilai RM3,000.00. 

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAN; Datuk Ir. Abdul Kadir Mohd Din serta Ketua Pegawai Eksekutif SPAN iaitu Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman. 

Penganjuran kali pertama ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 42 penyertaan di mana 10 penyertaan telah berjaya ke peringkat saringan kedua dan tiga kumpulan telah diipilih untuk ke peringkat akhir. 



SPAN mengucapkan setinggi penghargaan kepada kesemua IPTA/IPTS yang mengambil bahagian dan akan mempertingkat kualiti penganjuran pada siri seterusnya termasuk melibatkan kementerian berkaitan serta pemain industri seperti operator perkhidmatan air dan pengeluar produk pada peringkat penilaian dan penjurian agar produk yang dihasilkan dapat dibawa ke peringkat lebih jauh. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
15
0
14
0
You will be interested