Alam Canggih 30 Apr, 2021

Berita Terkini| PKP 2 minggu mulai 1 Mei di 5 daerah Kedah! Sekat penularan jangkitan Covid-19!

Share this

PELAKSANAAN itu juga bertujuan menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan di Kedah semakin meningkat. - Kredit Foto Astro Awani.



LIMA daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula Sabtu, 1 Mei hingga 14 Mei 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu adalah nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan trend peningkatan kes positif Covid-19 di daerah-daerah terbabit.

“Sebanyak 709 kes aktif direkodkan di semua daerah berkenaan dan penularan jangkitan membabitkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim, daerah atau zon.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah itu berkuat kuasa 1 Mei hingga 14 Mei 2021,”katanya yang dipetik oleh Sinar Harian pada Jumaat, 30 April 2021.

Katanya lagi, pelaksanaan itu juga bertujuan menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu adalah nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

You will be interested

Berita Terkini| Arab Saudi jangka benarkan ibadat haji 1442H! Tapi dengan syarat khas, ketat!

Arab Saudi dijangka benarkan ibadat haji tahun 1442H/2021M tetapi dengan beberapa syarat khas, ketat bagi lindungi jemaah daripada penularan pandemik Covid-19

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU di hospital Pulau Pinang capai 100%! Bukan ICU lebih 70%!

Penggunaan katil Covid-19 di wad ICU di Pulau Pinang telah capai 100% manakala bagi bukan ICU melebihi 70%. Catat 1,682 kes Covid-19 pada 2 hingga 8 Mei 2021
News Editor 1 in Alam Canggih 10 hours ago

Berita Terkini| PKP 3.0: Moratarium tak dilaksanakan - BNM! Tapi bank tawar bantuan pembayaran!

Moratarium menyeluruh secara automatik tidak dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan PKPK ketiga (PKP 3.0) ini tapi bank akan terus tawarkan bantuan bayaran balik
News Editor 1 in Alam Canggih 10 hours ago

Polis Terengganu sediakan 150 pasukan, 1,000 petugas! Bagi pantau SJR dan sambutan Aidilfitri!

Polis Terengganu tambah pasukan pemantau kepada 150 berbanding 135 sebelum ini, babitkan 1,000 petugas termasuk polis, tentera, RELA bagi pantau rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Berita Terkini| Kerajaan laksana PKP seluruh negara sekali lagi! PKP 3.0! 12 Mei - 7 Jun 2021!

Kerajaan putuskan untuk laksanakan PKP di seluruh negara sekali lagi mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021 ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang bertambah
News Editor 1 in Alam Canggih 1 day ago