Alam & Sains 07 Jun, 2020

Norma baharu PKP! Belian online jadi trendy, lebih praktikal

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Belian secara dalam talian (online) semakin menjadi-jadi di Malaysia apabila orang ramai semakin berhati-hati untuk keluar membeli belah. Kewujudan pasar dan bazar online menjadikan situasi di lokasi perkhidmatan penghantaran seolah-olah bertukar kepada pusat longgokan sampah kerana terlalu banyak barang pelanggan terhimpun dan perlu dihantar ke destinasi seluruh negara. : KitaReporters

Gambar hiasan


Peningkatan berlipat kali ganda. Mana satu barang saya nie!!! - Gambar hiasan



Wabak pandemik COVID-19 yang mula dikesan pada 26 Januari 2020 di negara ini secara tidak langsung telah mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat. 

Situasi menjadi semakin serius apabila kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan dilanjutkan kepada PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020

Pergerakan rakyat terbatas mula saat PKP berkuatkuasa. Keluar rumah tanpa sebarang sebab akan didenda. Hanya ketua keluarga dibenarkan keluar membeli keperluan keluarga. Lain daripada itu tidak dibenarkan sama sekali. 

Tertekannya hidup!  Nak keluar susah beli online je lah!

Situasi itu secara tidak langsung telah meledakkan perniagaan dalam talian sekali gus menyebabkan perkhidmatan penghantaran menjadi pilihan dan ia telah melonjak berlipat kali ganda. 

Wujud pelbagai laman sesawang yang menawarkan belian dalam talian. 

Terkini, seperti satu fenomena pula apabila semakin banyak pasar raya dan premis perniagaan yang selama ini berniaga offline menawarkan khidmat penghantaran untuk memudahkan pelanggan. 

Nampak seperti semakin mudah hidup dalam norma baharu ni.

Alhamdulillah, selepas pelaksanaan PKPB, semakin banyak sektor dibenarkan beroperasi dan melegakan rakyat. Tetapi rakyat sudah mula terbiasa dengan norma baharu kehidupan. 

Semakin ramai yang peka dengan nasihat kerajaan termasuk dalam menyediakan keperluan rumah tangga. 

Semua mahu dilakukan dengan cara selamat dan satu daripadanya ialah dengan menggunakan perkhidmatan belian dalam talian. 

Ada cara yang mudah kenapa perlu menyusahkan diri. 







Kini wujud satu lagi platform e-dagang dikenali www.halalmall.online yang merupakan sebuah platform
dalam talian milik bumiputera Islam 100 peratus yang ditubuhkan pada 1 Julai 2019 menawarkan dengan
ratusan produk Muslim di kedai mayanya.
Halalmall.online (HM) dikendalikan sepenuhnya oleh HMOnline Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat milik penuh Bumiputera Muslim sepenuhnya beribu pejabat di Putrajaya.
Tidak perlu ragu dan was-was. Berbelanjalah dengan tenang. Kedai maya yang beroperasi 24 jam sehari tanpa henti. 

Orang ramai tak perlu susah-susah untuk ke pasar raya memilih barang dan beratur membuat bayaran. 

Hanya buat tempahan, bayar dan tunggu barang diposkan atau dihantar sesegera mungkin. 

Jom membeli di halalmall.online


Pengerusi Eksekutif HMOnline Sdn Bhd, Zainal Ahmad berkata, konsep yang diketengahkannya itu sudah pasti mampu memenuhi cita rasa pelanggan. 

Semua produk keluaran Muslim. 

Daftar sebagai ahli dan mulalah membeli belah secara dalam talian di www.halalmall.online. 

Jadilah pengguna bijak dengan menjalani norma baharu kehidupan.

Zainal berkata, HM adalah sebagai platform untuk usahawan bumiputera Muslim memasarkan produk halal secara dalam talian. 

Pada masa sama, platform ini juga menyediakan akses kepada semua pengguna Muslim untuk membeli keperluan barangan yang halal lagi bersih.

Beliau berkata, pihaknya berazam membangunkan HM sebagai satu platform terulung di mata dunia setanding Lazada, Shoppe, Zalora, Alibaba, Amazon dan lain-lain. 

Belian atas talian pilihan rakyat Malaysia hari ini terutama mereka yang bergelut dengan masa, tenaga dan kerjaya.


Bagi tujuan itu, Zainal menyarankan semua pengusaha Muslim mendaftar dengan halalmall.online sama ada sebagai pembekal, penjual, pekedai, penghantar mahupun pembeli.

"Kami sediakan platform ini bagi memudahkan umat Islam untuk menjual dan membeli produk-produk halal dengan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM
"Buat masa ini aplikasi (apps) kami sudah tersedia di Google Playstore. Kami juga sedang berusaha untuk menyediakan apps  yg sama di Apple Playstore dan Huawei Playstore. 
"Apps Riders kami masih lagi pada peringkat percubaan, namun jika pihak peniaga memerlukan perkhidmatan penghantaran mereka boleh hubungi pihak pengurusan," katanya ketika ditemu bual menerusi aplikasi WhatsApp.
Apa ditunggu lagi. Daftar segera produk anda di www.halalmall.online

Pelbagai kategori atau sektor ekonomi disediakan seperti food and beverages (F&B), butik pakaian/kecantikan, peruncitan, perladangan, perindustrian, perhotelan, perkhidmatan, eletronik dan letrik dan pendidikan. 



Musim-musim PKP ni eloklah kita guna perkhidmatan penghantaran sahaja. 

Penjarakan sosial akan terjaga malah tidak lagi perlu membuang masa lama-lama untuk membeli keperluan.

Turut jangan lupa amalkan Buy Muslim First (BMF). : KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested