GAMBAR hiasan... Berkongsi rezeki dengan kucing juga mampu memberi rezeki kepada kita semua.
KUCING makhluk Allah yang sangat manja dan sering dijadikan binatang peliharaan sebagai teman atau untuk menghibur hati.
Seringkali kita mendengar rungutan jiran berkenaan masalah kucing. Kadangkala kucing menjadi pemutus silaturahim sesama jiran. Ada kes kes jiran yang tidak menyukai kucing, meracun atau menyeksa kucing dengan alasan kucing mengotorkan rumah dan halaman mereka.
Pergaduhan antara jiran kerana kucing bukan lagi menjadi isu kecil malah sudah dibincangkan dalam media sosial. Kadangkala cadangan dari orang yang benci kucing memang sudah menampakkan ciri ciri zalim dalam diri mereka.
Bagi pencinta kucing, kezaliman ke atas kucing-kucing memang tidak dapat diterima dan sangat tidak berhati perut. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad junjungan kita meminta umatnya tidak berlaku tindakan kejam atau perkara zalim kepada mana-mana haiwan termasuk kucing.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing
ADA yang sanggup guna kekerasan bagi menghalau kucing sedangkan kucing sebenarnya adalah pembawa rezeki. - Kredit foto: Alexander Ermolaev.
Alasan manusia manusia yang tidak menyukai kucing ialah kucing selalu membuang najis yang busuk dan kencing merata-rata sehingga membuat persekitaran rumah atau taman perumahan busuk.
Bagi pencinta kucing mereka ini tidak kisah membuang najis kucing gelandangan atau kucing-kucing orang lain yang datang membuang kerana bagi mereka kucing-kucing ini juga menumpang hidup di dunia bersama kita, Mereka tidak ada peraturan hidup melainkan jika manusia menyediakan tempat mereka berak dan kencing.
Jiran-jiran yang tidak suka kucing ada yang sanggup mencurah air panas pada kucing yang hanya mahu meminta sisa dan tulang-tulang ikan yang dibuang. Bagi pencinta kucing, jiran-jiran seumpama ini sangat tidak berperikemanusiaan dan menunjukkan ciri peribadi yang sangat buruk.
Sebagai manusia kita disaran kongsi rezeki dan kehidupan bersama makhluk-makhluk Allah yang lain. Antara hikmah menjaga kucing ialah:
- 1. menjadi timbangan kebaikan di akhirat: Di mana memberi makan dan membuang najis kucing akan diberi pahala di akhirat nanti
- 2. Melatih sifat empati: Melatih sifat empati dalam diri seseorang. Jika anak sejak kecil dilatih sayang kucing, dia akan jadi anak yang baik berempati dan penuh kasih sayang
- 3. Mendapat rahmat di akhirat
- 4. Mendapat reda Allah
- 5. Dosa-dosa diampuni
- 6. Mendapat pahala sedekah.
Oleh demikian jangan membenci dan menzalimi kucing kerana mereka juga makhluk Allah yang menumpang di dunia sama seperti manusia.
Jika kita sentiasa bersabar dan selalu bersedekah dengan kucing Allah akan memudahkan hidup kita dan melimpahkan rezeki-Nya buat kita. - KitaReporters