Canggih 25 Mar, 2020

[VIDEO] SANITIZER DAN API, BUKAN BUAT MAINAN

@mohamad fadhil mohd daud
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
WASPADA!! Trend membakar sanitizer ketika ini sedang rancak (menjadi trending) berlegar-legar bermain dalam platform media sosial yang dilakukan oleh segelintir masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Perasaan ingin tahu golongan ini perlu dikawal dengan teliti agar kejadian yang tidak diingini dapat dibendung daripada terus memudaratkan diri dan rumah kediaman jika tidak dipantau dengan baik. : KitaReporters


Seperti yang kita tahu kandungan alkohol yang terdapat di dalam cecair pembasmi kuman tangan (hand sanitizer) adalah sesuatu yang mesra dengan api, tindakan membakarnya dapat memarakkan lagi api atau mengekalkan nyalaan paras api pada mana-mana objek yang disalutinya.

Seperti pepatah melayu lama ada memberitahu 'kecil api menjadi kawan, besar api menjadi lawan', api adalah musuh dalam selimut secara senyap yang dapat membinasakan diri sekiranya tidak dikendalikan secara berhemat dan tertib.

Tindakan untuk melakukan eksperimen mahupun uji kaji untuk melihat kandungan paras alkohol atau kesahihan produk beralkohol adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal dan kuno.


Perbuatan seperti memuat naiknya dalam media sosial bagi meraih tontonan dan jumlah sukaan yang banyak oleh pelayarnya juga adalah sesuatu yang kurang cerdik yang disinonimkan dengan tabiat buruk perangai netizen Malaysia yang tergilakan populariti.

Walaupun sehingga hari ini, belum ada lagi kes-kes kebakaran yang berpunca daripada pembakaran cecair pembasmi kuman ini seharusnya masyarakat perlu peka dan cakna serta tidak mengambilnya secara membabi buta.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MAA), Dr. N Ganabaskaran, sejak pada bangku sekolah lagi kita sedia mengetahui cecair alkohol merupakan salah satu kandungan yang harus ada dalam beberapa produk sanitizer yang dijual di kedai-kedai.

Kadar alkohol yang mempunyai paras kompaun kimia 'quaternary ammonium' iaitu Benzalkunium Klorida adalah lebih sesuai dengan sifatnya 80 peratus alkohol mudah kering bila terkena  pada kulit.


"Kita sedia maklum.

"Kandungan alkohol yang terdedah dengan suhu tinggi berpotensi untuk menimbulkan percikan nyalaan api yang mudah terbakar," katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi video cicipan wartawan Mohd Ishak Abdillah Ngah @ShaqNewsMPB yang dimuat naiknya, terlihat seorang individu yang tidak dikenali sedang melakukan eksperimen dengan memicit keluar cecair pembasmi kuman ke singki dan membakarnya dengan sehelai kertas tisu.


Kelihatan tisu yang terbakar itu memarakkan lagi paras nyalaannya sebelum ia disiram dengan air untuk meredakan api yang semakin marak.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan memberikan respons perasaan kurang senang yang disifatkan 'bodoh' dan tidak bersungguh-sungguh sewaktu dalam sesi pembelajaran semasa kecil dahulu.

Ada juga yang mencadangkan agar penggunaan cecair pembasmi kuman terhad perlu digunakan sewaktu ketiadaan air atau ketika berada di kawasan luar rumah.

Bila berada di kawasan rumah kita digalakkan untuk mencuci tangan sekerapnya dengan sabun seperti yang diuar-uarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara respons netizen yang bermain dalam laman sosial : 

"Dia tak tahu fungsi alkohol dalam sanitizer tu utk membunuh virus. Tu yang tak ada alkohol tak berfungsi untuk membunuh virus covid 19.

"Biasalah, ramai je yg jahil tentang alkohol, tapi nak buat tauuuu.

"Orang-orang ekarang terlebih cerdik, semua belajar dari google, dulu suruh pergi kuliah malas.

"Lagi pun rasanya dijelaskn alkohol yang dalam arak tak sama pembuatannya macam untuk perubatan, semua arak ada alkohol, tp tak semua alkohol tu arak."



Antara komen netizen dalam Facebook


Justeru, tindakan kita sebagai masyarakat yang tidak dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memeriksa atau menguji kandungan paras alkohol adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Tabiat lalai dan alpa memantau tingkah laku keluarga dan anak-anak sementelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung akan menimbulkan masalah lain seperti kebakaran dan sebagainya.

Gunakan tempoh berkurung ini dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan kuarantin diri sebaiknya agar penurunan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia dapat dikurangkan.

Jadilah masyarakat yang prihatin, bijak dan patuh!! #StayatHome dan #DontDoStupidThings. - KitaReporters


Video diambil dari Facebook FreshLah Body Perfume Kuantan

You will be interested

Siya Kakkar: Bintang TikTok di India bunuh diri? Mengapa?

Siapa sangka seorang bintang TikTok terkenal di India, Siya Kakkar sanggup bunuh diri tanpa sebab yang diketahui ramai. Dia seorang yang aktif dalam medsos

Malay Town! Berubah wajah! Mahu pacu ekonomi peniaga kecil!

MALAY Town Jalan Pekeliling kini beroperasi dengan wajah baharu bagi menyuntik ekonomi masyarakat bandar khususnya peniaga kecil yang tertekan berikutan PKP
Rosdi Ismail in Canggih 21 hours ago

Gara-gara tinggalkan rumah 3 bulan! Ubi kentang jadi pokok!!

Donna Poree pulang ke rumahnya selepas hampir 3 bulan meninggalkan kediamannya. Dia mendapati pokok berupa tunas daripada ubi kentang menjalar di kabinet rumah
Zuhayati Yazid in Canggih 1 day ago

12 pemain e-bola sepak bertarung! Rebut juara Liga eMFL 2020

Disiarkan secara langsung melalui laman FB rasmi, eMFLmy sehingga 10 Julai, eMFL melibatkan pemain-pemain e-bola sepak berdasarkan nama 12 pasukan Liga Super
Abdul Hafiz Ahmad in Canggih 1 day ago

Baru 12 tahun! Alyssa Dezek beli Vellfire hasil dari YouTube

USIANYA baru 12 tahun, tetapi Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu ‘cover’ di YouTube sejak berusia 4 tahun kini berjaya membeli kereta idamannya
Fauzan Ahmad in Canggih 2 days ago