MACAM-MACAM aktiviti yang bermanfaat boleh dilakukan sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak Covid-19. Ada orang ketika ini dapat mengemas segala ruang rumah, mencuba resepi masakan baru, menukar dekorasi rumah, menonton filem kegemaran dan rutin yang biasa dilakukan semua orang. : KitaReporters
Kredit paparan skrin: IG @lindaonn7 (https://www.instagram.com/lindaonn7/)
Tetapi berbeza dengan pengacara terkenal Linda Onn yang mengisi hari-hari 'dikuarantin' dengan pelbagai aktiviti menarik lain dari yang lain.
Pada hari keempat PKP, Linda menunjuk cara bagaimana dia menghasilkan sendiri 'hand sanitizer' campuran gel pokok lidah buaya dan alkohol.
Menerusi instagram @LindaOnn7 (https://www.instagram.com/lindaonn7/), Linda memuat naik video proses itu yang mengujakan peminatnya.
Coretan pada status video itu adalah:
"Day4 SelfQuarantine, Linda baru belajar buat hand sanitizer. So hari ni try buat untuk kegunaan sendiri ya.. bukan untuk dijual.
"Hari tu beli sebotol kecik sampai RM38 kena bayar. So ni dah alang-alang ada tanam aloe vera kat rumah baik manfaatkan.
"Banyak free time Linda dalam rumah sentiasa cari aktiviti supaya tak bosan. Stay safe guys kalau tak kena keluar bekerja #justStayAtHome.Thank U for watching."
Menerusi video itu, Linda menunjukkan cara dia memotong lidah buaya, menapisnya untuk mendapatkan perahan gel dan mencampurkannya dengan alkohol.
Apa yang menarik, Linda menggunakan peralatan makmal seperti bikar di dalam rumahnya dan memaklumkan projek akan datang adalah menghasilkan minyak wangi sendiri.
Komen pengikutnya @figrieisme, "..haha OMG bestnya ada makmal sendiri dgn bikar semua macam kelas kimia kat sekolah haha."
Balas Linda pula, "dulu study kimia malas skrg buat perfume rajin pula."
Menerusi instagramnya Linda turut menunjukkan aktiviti lain sepanjang kuarantin seperti membuat minyak wangi dan campuran bawang putih, madu kelulut dan perahan limau untuk meningkatkan daya tahan badan.
Foto dari instagram LindaOnn7
Mungkin kita juga boleh cari idea untuk menjadikan hari-hari kuarantin hari yang sangat produktif untuk diri keluarga dan orang lain.
Selamat mencuba dan berproduktif. Ingat: "Duduk di rumah, jangan keluar." - KitaReporters