Kredit foto: IG Atsumi Fashion
Atsumi Fashion Co, Jepun merancang untuk memberi tumpuan menghasilkan penutup mulut daripada bahan membuat bra yang sebenarnya.
Ini kerana topeng muka berkenaan menjadi keperluan mendadak di seluruh dunia ketika pandemik virus Covid-19 terus menular dengan mengancam kesihatan semua orang.
Ia juga sebagai memberi pilihan kepadajenis-jenis penutup mulut yang di pasaran sekarang.
Penutup mulut yang dihasilkan oleh Atsumi Fashion akan menggunakan bahan lapisan kain pakaian dalam wanita.
“Kami berharap, kami dapat membantu masyarakat kerana kekurangan penutup mulut terus berlanjut,” kata Hiroshi Hinata, pengurus jualan syarikat itu.
Pada peringkat awal, Atsumi Fashion membuat 100,000 penutup mulut dan mengedarkannya secara percuma kepada jabatan perubatan dan pendidikan termasuk pekerja barisan hadapan (frontiner).
Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap penutup mulut itu, Atsumi Fashion mengambil keputusan untuk mempelbagaikan bidang perbuatan.
Selain terus membuat pelbagai jenis bra, syarikat itu kini turut memberi tumpuan menghasilkan penutup-penutup mulut yang diperbuat daripada bahan asas bra yang sebenar.
Beberapa syarikat di Jepun turut mengubah bidang perniagaan kepada membuat topeng muka kerana permintaan yang tinggi. terhadap kelengkapan kesihatan tersebut.
Tidak lama dahulu sebuah syarikat elektronik gergasi, Sharp Corp mengumumkan akan turut mengeluarkan penutup mulut.
Sebelumnya, sebuah syarikat pembuat chip di Daerah Kanagawa juga menggunakan kelengkapannya untuk membuat penutup mulut.
Meskipun dianggap lucu oleh sesetengah pihak, tetapi penggunaan bra sebagai penutup muka adalah idea yang kreatif!
Lapisan kain daripada bra digunakan apabila mendapati ia adalah bahan sama digunakan untuk membuat penutup mulut.
"Penggunaan material ini diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan lebih luas kerana ketika ini penutup wajah cukup terhad," kata Hiroshi Hinata. - KitaReporters