Alam & Sains 18 Jul, 2020

Berapa harga Vivo X50, X50 Pro? Kamera pertama guna gimbal!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

KETIKA pelancarannya di China pada bulan Jun 2020 lalu, peranti terbaharu, Vivo X50 dilaporkan berharga lebih kurang RM2,114. Adakah harga yang akan ditentukan oleh Vivo Malaysia berada pada harga yang sama atau lebih apabila ia diumumkan penjualan secara rasminya pada 21 Julai 2020 nanti? - KitaReporters

Barisan model memperagakan peranti terbaharu dari rangkaian siri Vivo X50 pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya pada 16 Julai 2020 lalu.


Itulah yang menjadi tanda tanya ramai ketika hadir pada majlis memperkenalkan telefon bimbit terbaharu dari rangkaian siri Vivo X50 kepada media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada Khamis, 16 Julai lalu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Chu dan Pengurus Produk siri Vivo X50, Florence Hung.


Vivo Malaysia telah mengesahkan akan melancarkan telefon pintar di bawah siri Vivo X50 untuk pasaran tempatan secara rasmi pada 21 Julai 2020 nanti. 

Jadi sehingga itu korang tekalah agak-agaknya berapa harga peranti yang buat pertama kalinya menawarkan kamera yang stabil bercirikan gaya ‘gimbal’ pada pembuatannya ini.

Di bawah rangkaian ini, terdapat tiga telefon pintar ditawarkan, iaitu Vivo X50, Vivo X50 Pro dan juga Vivo X50 Pro+ namun Vivo Malaysia hanya memperkenalkan dua varian terlebih dahulu iaitu Vivo X50 dan Vivo X50 Pro bersama dengan Vivo TWS Earphone Neo tanpa wayar.

“Siri X50 adalah telefon pintar utama untuk fotografi profesional merakam dan berkongsi detik-detik terbaik dalam hidup mereka dengan cara yang mudah," ujar Mike Chu (gambar bawah, tengah).


Menurut beliau, dengan adanya lensa dan sensor luar biasa disokong sistem kamera canggih ia membolehkan pengguna melakukan rakaman dalam kualiti seperti seorang jurugambar profesional.

Dengan 5G berkembang pesat dan tidak lama lagi tersedia di Malaysia, sudah tentu peranti terbaharu Vivo X50 ini dicipta bagi menyokong faedah 5G, waima pengguna akan dapat menikmati kelajuan dan interkoneksi (saling hubungan) yang lebih pantas.

Namun, bagi pengguna yang mahukan sebuah peranti standard boleh memilih Vivo X50 sahaja yang dilengkapi dengan paparan Penuh HD + 6.56 inci dengan layar 90Hz rata, chipset Snapdragon 765, RAM 8GB dan penyimpanan dalaman hingga 256 GB. 

Ia dikuasakan oleh bateri 4.200 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Dilengkapi dengan potongan lubang di paparan depan adalah kamera selfie 32MP dan menariknya Vivo X50 standard adalah yang paling nipis dari X50 Pro iaitu pada 7.55mm berbanding 8.04mm.


Pun begitu, baik X50 atau X50 Pro, kedua-dua varian ni dilengkapkan dengan ciri ‘Super Night Mode’ dan ‘Starry Sky Mode’ yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan pada waktu malam.

Walau pun X50 Pro menawarkan spesifikasi yang hampir sama, kecuali untuk beberapa perbezaan kecil termasuk saiz bateri yang sedikit lebih besar iaitu 4.315mAh pada pengecasan pantas 44W, sudah tentu teknologi Gimbal pada kameranya menjadi keutamaan kerana mampu menstabilkan imej optik tradisional untuk kedua-dua foto dan video.


Sistem kamera gimbal direka dalam bentuk mata, berfungsi sebagai elemen reka bentuk yang unik di bahagian belakang X50 Pro.

Dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865, RAM hingga 12GB, layar OLED melengkung 6,6 inci 120Hz,  varian Pro dilengkapi kamera versatil dengan satu kamera depan 32MP dan empat kamera di belakang (Utama 48MP, sudut super lebar 8MP, potret profesional 13 MP dan 8MP 5x teleskop yang  menyokong zoom  sehingga 60x, membolehkan  pengguna merakam gambar terperinci dengan lebih dekat.

Selain kedua-dua varian mempunyai kamera ‘selfie hole-punch’  32-megapixel, ‘dual-mode’ 5G dan Wi-Fi 6, ia turut  menjalankan Vivo's Funtouch OS 10, berdasarkan Android 10.


Sementara itu, dengan pelancaran Vivo TWS Earphone Neo tanpa wayar, ia  melengkapi kehendak pencinta muzik harian yang memiliki Vivo X50 dan X50 Pro dalam memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi dan lebih jelas.

Jika Vivo X50 hadir dalam dua warna, Frost Blue dan Glaze Black, dan Vivo X50 Pro dalam rona Alpha Grey, peranti TWS Earphone Neo yang dijual pada harga RM359 boleh dipilih samada dalam warna Starry Blue atau Moonlight White.

Peranti ini sudah boleh diperoleh melalui semua premis menjual Vivo atau pun dari platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. 

Maklumat lanjut layari https://www.vivostore.com.my atau kunjungi laman rasmi dan Facebook Vivo Malaysia.

Dan untuk mengetahui harga Vivo X50 dan X50 Pro, tandakan kalendar anda pada 21 Julai ini kerana Vivo Malaysia akan mengumumkannya melalui 'live stream' Facebook rasminya. 

Cer teka berapa? - KitaReporters


0
5
0
0
0
You will be interested