Alam & Sains 27 Jan, 2021

Terbaiklah YB Rosol! Enam pelajar IPT di Hulu Terengganu dapat komputer riba! Semoga ada lagi

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Rosol Wahid (tengah) bersama pelajar penerima komputer riba


KOMPUTER riba dan telefon mudah alih kini menjadi keperluan terdesak kepada pelajar untuk memenuhi kaedah pembelajaran norma baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKB) berpunca daripada penularan pandemik COVID-19.

Keluarga yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan komunikasi tersebut sudah tentu menghadapi masalah untuk memenuhi tuntutan semasa dan jika tidak mempunyai kemudahan tersebut sudah tentu pembelajaran anak-anak akan turut terjejas.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembelajaran:

https://kitareporters.com/search?search=pembelajaran


Seorang pelajar sambil ditemani ibunya menerima komputer riba sumbangan Rosol Wahid


Keadaan semakin parah apabila ada pihak terutama penjual peralatan tersebut kini mengambil kesempatan untuk menjualnya dengan harga lebih tinggi berbanding pada keadaan sebelum ini.

Bagaimanapun, pada saat mereka dalam kalangan orang kurang berada untuk membeli peralatan tersebut masih ada pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan kerajaan yang prihatin tampil memberi bantuan.

Enam pelajar dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Daerah Hulu Terengganu, Terengganu amat beruntung kerana hasrat mereka untuk mendapatkan sebuah komputer riba akhirnya terlaksana apabila ada pihak yang sedia membantu mereka.


Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid


Pelajar terbabit beruntung kerana Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid bermurah hati menyumbangkan satu unit komputer riba kepada setiap pelajar terbabit. 

Majlis penyerahan komputer tersebut kepada pelajar terpilih diadakan secara ringkas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, pada 24 Januari 2021.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, sumbangan komputer tersebut bagi membolehkan pelajar terbabit meneruskan pembelajaran secara dalam talian di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP.


Datuk Rosol Wahid menyampaikan sumbangan komputer riba kepada salah seorang pelajar IPT Hulu Terengganu


“Saya sedar ramai pelajar terutama golongan miskin memerlukan kemudahan peralatan tersebut lebih-lebih lagi untuk kegunaan pembelajaran secara alam maya seperti sekarang,” katanya.

"Komputer riba sudah jadi satu keperluan yang mendesak. Memang ramai yang memohon bantuan komputer riba. Saya akan usahakan membantu semampu yang boleh.

“Semoga bantuan kecil ini akan memberi manfaat besar kepada anak-anak semua. Belajar bersungguh-sungguhnya. Semoga jadi insan cemerlang dunia akhirat,” katanya lagi. - KitaReporters

2
2
0
0
1
You will be interested