Alam & Sains 09 May, 2022

Video| Derita di Aidilfitri! Hujan lebat! Penduduk berkesempatan tadah air! Bagi kegunaan harian!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Ibu Pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU) Kuala Terengganu


HUJAN lebat selama tiga jam yang membasahi bumi daerah Besut melegakan penduduk daerah di Terengganu itu apabila peluang tersebut mereka mengambil kesempatan untuk menadah air hujan bagi kegunaan harian

Hujan berterusan selama tiga jam bermula jam 3 petang pada Ahad 8 Mei 2022 turut disambut gembira oleh sebahagian besar penduduk terutama mereka yang terjejas dengan kejadian gangguan bekalan air bersih sejak 10 hari lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu bekalan air


Kejadian hujan lebat tersebut menyebabkan ramai penduduk terbabit mengambil peluang untuk menadah air hujan dengan menyediakan pelbagai bekas termasuk baldi, besen dan tong di pekarangan rumah masing-masing. 

Tular dalam media sosial penduduk yang terjejas dengan masalah ketiadaan bekalan air ke rumah masing-masing bersyukur dan menyambut gembira dengan kejadian hujan yang berlaku tanpa diduga tersebut.


Azizul Jasni Mohamad


Penduduk, Azizul Jasmi Mohamad dari Kampung Gong Kemuntong, Jertih mengucap syukur kepada Allah kerana menurunkan hujan dengan lebat, sekali gus melegakan penduduk yang terputus bekalan air. 

Katanya, sebaik hujan, beliau bertindak segera meletakkan besen besar di pekarangan rumah untuk menadah air hujan.

Alhamdulillah disebabkan hujan amat lebat banyak bekas yang disediakan dapat dipenuhi dengan air,” katanya.



Azizul mendakwa, beliau menghadapi masalah bekalan air bersih yang dibekalkan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) sejak 10 hari lalu dan terpaksa mencari pelbagai sumber untuk menyimpan air.

Keadaan bertambah teruk apabila kegunaan air amat diperlukan ketika menyambut Aidilfitri kerana ia memerlukan lebih banyak sumber air,” katanya.



Beliau berkata, sebelum ini penduduk daerah Besut menghadapi pelbagai masalah ketika mereka sedang membuat persiapan Aidilfitri termasuk ketiadaan wang tunai di ATM, kehabisan minyak petrol dan ketiadaan bekalan air bersih.

Sementara itu, aapabila pihak terbabit mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut. - KitaReporters


 

10
12
2
13
0
You will be interested