Alam & Sains 19 Jun, 2021

Hospital baharu, baru siap dibina! Hospital kanak-kanak UKM bertukar jadi hospital COVID-19!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Dek kerana kes harian makin tinggi terutama bahagian Wad Kecemasan (ICU) maka Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras, Kuala Lumpur telah dijadikan salah satu hospital penempatan pesakti COVID-19 bagi wilayah tengah dan hospital tersebut telah mula menerima pesakit. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, hospital ini akan digunakan sementara oleh KKM menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 & 4 Ordian Darurat 2021 dalam usaha membantu KKM meningkatkan kapasiti rawatan COVID-19


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hospital universiti


Ini menjadikan mereka yang terawal menerima rawatan di HPKK UKM ini memandangkan hospital kanak-kanak itu baru siap dibina. 



Hospital ini juga hanya akan menerima rujukan dari Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu Wilayah Tengah yang berperanan mengkordinasi pergerakan dan penempatan pesakit COVID-19 di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Kita doakan semoga kes harian COVID-19 dapat dikurangkan terutama pesakit ICU kerana ketika ini kita tahu KKM hadapi masalah dari segi katil dan peralatan. 

Moga barisan depan KKM akan terus diberikan kesihatan dan kekuatan yang baik untuk membantu mereka ini. - KitaReporters


0
5
0
0
0
You will be interested