Alam & Sains 03 Mar, 2021

Tahniah IPD, OCPD Besut! Dua suspek pengedar berbahaya dadah langgar MPV polis berjaya ditahan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Abdul Rozak (tengah) menunjukkan pil berwarna merah dan hijau dadah jenis methamphetamine yang dirampas polis


TINDAKAN berani dua pengedar dadah untuk meloloskan diri daripada ditahan oleh polis dengan melanggar dua kereta peronda polis (MPV) tidak menjadi apabila kedua-dua mereka berjaya diberkas.

Dua pengedar berusia 28 dan 41 tahun sebelum itu cuba memecut kereta selepas aktiviti mereka dihidu oleh pihak polis.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang Selasa 2 Mac 2021dua suspek dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan di hadapan Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, dekat Jertih, Terengganu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan dadah:

https://kitareporters.com/search?search=dadah


Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian itu pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut membuat penahanan itu hasil maklumat risikan. 

Katanya, menerusi pemeriksaan yang dilakukan, polis merampas lima paket plastik warna biru berisi pil warna merah dan hijau disyaki dadah jenis methamphetamine atau dikenali sebagai yaba berjumlah 1,000 biji seberat 100.90 gram dengan nilai anggaran RM3,500 serta kereta Honda dinaiki suspek.

"Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya ketika sidang media di IPD Besut, pada hari ini Rabu, 3 Mac 2021.

Abdul Rozak berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mempunyai kesalahan rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Beliau berkata, mereka dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak dua tahun lalu dan bekalan untuk pasaran sekitar daerah ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 3 Mac sehingga 8 Mac 2021 ini.


Abdul Rozak menunjukkan sebuah kereta yang dirampas dari suspek pengedar dadah di Besut


Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan dan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Selain itu, katanya, polis juga menyiasat dua lagi kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keselesaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya kerana menghalang tugas polis dengan melarikan diri ketika pemeriksaan dilakukan.

Katanya, bagi kes ketiga, suspek memandu dengan melulu dan berbahaya ketika cubaan melarikan diri dengan melanggar kenderaan polis dan jika sabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Jalan Raya 1987 memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. - KitaReporters

184
67
38
23
28
You will be interested