Alam & Sains 01 Mar, 2021

Gara-gara air kelapa muda! Isteri buat laporan polis! Tak tahan hubungan intim 7 kali sehari!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BUAH kelapa yang airnya enak diminum dapat menghilangkan dahaga mudah diperoleh di negara Thailand dijual dengan harga RM2.70 sebiji.


GARA-GARA air kelapa muda menyebabkan seorang isteri berumur 43 tahun begitu marah tanpa segan serta silu terpaksa membuat laporan polis di Wilayah Chachoengsao, Thailand baru-baru ini kerana keletihan melayani hubungan seks bersama suaminya sehingga tujuh kali sehari.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan buah kelapa:

https://kitareporters.com/search?search=buah+kelapa


WANITA terbabit terpaksa datang ke balai polis baru-baru ini untuk membuat laporan kerana tidak tahan dengan kerenah suaminya yang mahukan hubungan intim dilakukan tujuh kali sehari. - Kredit Foto : Daily Star.


Suami wanita itu yang berusia 64 tahun dikatakan terlalu ghairah serta sentiasa bernafsu untuk melakukan hubungan intim sejak akhir-akhir ini selepas dia mengamalkan minuman air kelapa muda antara tiga biji hingga empat biji setiap hari. 

Wanita terbabit sebelum itu mengakui mereka kurang melakukan hubungan seperti itu tetapi selepas dia mendapati suaminya setiap hari meminum air nyoir muda mengakibatkan nafsunya semakin bertambah dalam usia yang lanjut. 


KELAPA muda seperti ini yang diamalkan oleh suaminya setiap hari dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin.


Portal Berita Daily Star pada 17 Februari 2021 lalu dipetik melaporkan, jika setakat wanita itu melayani suaminya dua atau empat kali dan lima kali dalam masa sehari adalah menjadi kebiasaannya.

Tetapi yang menyakitkan hatinya kerana kemahuan suaminya dalam soal itu amat keterlaluan sehingga dia mahu dilayan oleh isterinya dalam masa sehari sebanyak tujuh kali. 

``Jikalau isteri tidak mengikut kehendak suaminya sudah pasti mereka bergaduh dan suaminya sering merajuk akibat isterinya tidak memenuhi  permintaannya. 

``Bayangkan betapa letihnya wanita itu terpaksa melakukan hubungan intim dengan  suaminya yang kerap dan dia tdak dapat memastikan sama ada lelaki itu mengambil pil peransang ataupun tidak,’’ kata portal itu lagi.


 


Namun apa yang dilihat setiap hari suaminya meminum air kelapa muda sekurang-kurangnya tiga biji setiap hari  yang dipercayai dapat menaikkan nafsu seksualnya .

Akibat wanita itu tidak tahan dengan kereneh suaminya mengakibatkan dia tanpa malu melaporkan kepada pihak polis bagi mengatasi masalah tersebut demi mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka. 

Selepas itu, kisah pasangan suami isteri berkenaan menjadi viral dalam media sosial menyebabkan ia secara tidak langsung jualan air nyoir muda di wilayah itu semakin meningkat kerana orang ramai ingin mencuba ubat tenaga batin yang asli itu dengan mengamalkan air kelapa muda.


WANDEE Paoponpreuk (kanan) sedang melayan seorang lelaki yang datang membeli air kelapa muda di gerainya di Wilayah Chachoengsao, Thailand baru-baru ini. - Kredit foto: Daily Star 


Seorang peniaga air kelapa muda, Wandee Paoponpreuk, 43, berkata sejak berita itu tersebar tidak disangka pula pendapatannya di gerainya semakin bertambah berbanding sebelum ini. 

Menurutnya, kebanyakan lelaki yang datang ke gerainya bukan setakat meminum air kelapa muda di gerainya sahaja sebaliknya mereka membeli beberapa biji kelapa lagi untuk dibawa pulang ke rumah dengan harga sebiji RM2.70 (20 Baht). 

Sementara itu, seorang Pegawai Perubatan dari sebuah hospital di wilayah itu, Dr. Kampanant Pornyokrai berkata amalan minum air kelapa muda mampu meransangkan testosteron meningkatkan keinginan mereka untuk melakukan seksual tetapi banyak perkara lain yang perlu dikaji untuk mencari kebenaran dakwaan tersebut. 



Dalam pada itu, memetik laporan healthyfoodteam.com, menyatakan bahawa air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh badan dan mampu untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan virus yang menjadikan deman selsema.

Ia juga bertindak sebagai diuretik semula jadi dan dapat membantu bagi mereka yang menghidapi penyakit buah pinggang, membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. 

Selain itu, air kelapa yang banyak mempunyai manfaat tersendiri ia turut dapat meningkatkan tenaga dan mengeluarkan kelenjer hormon tiroid serta sangat bagus untuk kulit. - KitaReporters


17
50
14
16
19
You will be interested