Beijing mula membuat pemeriksaan ketat kepada pelancong berikutan ada satu kes di kesan menyebar wabak di Daxing, China.
SELEPAS membuat ujian swab (calitan) Covid-19 melalui hidung dan tekak, Beijing dilaporkan mengambil langkah terbaru dengan mengambil cecair dari dubur pesakit kerana berpendapat teknik menguji najis itu lebih tepat bagi mengesan virus selepas cara lain tidak begitu `berkesan`.
Laporan Global Times melaporkan pada 23 Januari 2021, seorang pesakit muda, berusia 9 tahun dikesan positif Covid-19 minggu sebelumnya dan pihak pengurusan sekolah mengadakan pelbagai ujian termasuk memberi suntikan serum antibodi, ujian hidung dan tekak, sehingga swab test pada bahagian dubur membabitkan semua kakitangan dan pelajar.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan China:
https://kitareporters.com/search?search=china
Kredit gambar: Li Hao/GlobalTimes
"Mungkin mereka beranggapan teknik itu lebih tepat dalam mengesan virus hidup lebih lama berbanding cara digunakan sekarang," akhbar itu memetik Penolong Pengarah Hospital Youan Beijing, Li Tongzeng.
Li yang terbabit dalam pencegahan penyakit berjangkit, dilaporkan memberitahu akhbar berkenaan dalam kajian sebelum ini, ada bukti bahawa virus itu dapat hidup lebih lama dalam bahagian dubur manusia atau najis berbanding diambil daripada bahagian atas anggota badan.
Katanya, dalam sesetengah kes ada virus yang hidup dalam badan pembawa dikesan selepas tiga hingga lima hari menyebabkan kebanyakan ujian pertama menghasilkan keputusan yang negatif.
"Mungkin juga jika kita ambil ujian swab Covid-19 melalui dubur boleh memberi keputusan lebih tepat," kata Li ketika ditemu ramah dengan stesen televisyen wilayah tengah China, sambil memberitahu teknik itu mungkin tidak seselesa ujian sebelum ini.
Dan cara itu hanya dilakukan pada `orang-orang terpilih` saja di pusat kurantin negara itu.
Sementara itu, laporan mengenai ujian swab pada dubur itu dikatakan menimbulkan perdebatan dalami kalangan pakar perubatan, apabila Penolong Pengarah di Bahagian Biologi dan Patogen di Universiti Wuhan memberitahu Global Times, virus itu berjangkit lebih berkait rapat dengan organ penafasan berbanding sistem penghadaman.
Dan ujian yang dianggap boleh mengesan virus yang selama ini dibuat mengambil contoh tisu pada hidung dan tekak sangat bersesuaian.
"Memang ada kes yang berkaitan Covid-19 dengan najis pesakit. Tetapi bukti yang kami dapati setakat ini, virus itu dipindahkan dari sistem penghadaman kepada najis," kata Yang.
Beijing dikatakan mengendalikan ujian serum antibodi kepada pelancong yang memasuki bandar-bandar raya China sejak 10 Disember 2020 lalu dalam usaha mengesan kluster yang menyebarkan wabak itu di bandar raya Daxing.