Alam & Sains 25 Jun, 2021

Rumah inap kabin! Homestay Cabin Highway: Murah dan selesa di pinggir bandar Kuala Terengganu

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Homestay Cabin Highway (HCH) yang ringkas tetapi selesa


KREATIVITI seorang usahawan muda menjadikan kabin sebagai penginapan berkonsepkan pelancongan menarik perhatian orang ramai khususnya pelancong yang ingin mencari tempat tinggal yang mempunyai kelainan daripada kebiasaan sama ada di bandar atau pinggir bandar. 

Berbekalkan modal sebanyak RM70,000, seorang bekas kakitangan sebuah syarikat penerbitan nekad membuka sebuah homestay (rumah inap) di pinggir bandar Kuala Terengganu sejak hampir dua tahun lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rumah inap

Mohd Yasin Embong


Mohd Yasin Embong, 48, dari Kampung Kubang Jela yang menamatkan awal khidmatnya di syarikat terbabit memilih untuk terbabit dengan perniagaan rumah inap itu selepas menerima pandangan seorang rakannya.

"Saya pada mulanya tidak terfikir untuk membina homestay ini kerana pada awalnya tapak ini saya rancang untuk tanam pisang selepas berhenti kerja.

"Tetapi rakan saya itu mencadangkan saya bina homestay kerana lokasinya yang baik iaitu berhampiran bandar Kuala Terengganu serta di tepi jalan utama untuk ke bandar itu," katanya yang sebelum ini bertugas di Kuala Lumpur.


Ruang untuk dijadikan tempat mesyuarat  turut disediakan.


Yasin berkata, pembinaan Homestay Cabin Highway berbentuk kabin itu adalah menjimatkan kos berbanding membina sebuah rumah.

"Walaupun berbentuk kabin, homestay ini mempunyai kelengkapan sebagaimana homestay biasa, malah biliknya lebih luas," katanya mengenai rumah inap kabin yang mempunyai dua bilik itu.


Mohd Yasin menunjukkan tanda bagus di dalam salah satu bilik homestay HCH


Yasin berkata, harga sebuah bilik ialah RM70 semalaman dilengkapi pendingin hawa (air con), katil kelamin, peralatan elektrik dan bilik air.

"Sambutan amat mengalakkan sejak dibuka malah adakala tempahan ditolak terutama pada musim cuti sekolah," katanya.

Katanya, aktiviti yang disediakan ialah berbasikal dan melawat tempat menarik sekitar Kuala Terengganu sekiranya ada permintaan.


Bilik tidur yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan


Selain itu, rumah inap itu juga dijadikan tempat mesyuarat, seminar dan hari keluarga.

Yasin berkata, perancangan pada masa depan beliau ialah mahu menambah beberapa bilik lagi sekiranya mempunyai modal yang cukup.

"Buat masa sekarang cukuplah dengan dua bilik kerana memandangkan musim Covid-19 sekarang, tidak ramai yang menempah bilik," katanya yang aktif dengan kerja kemasyarakatan itu. - KitaReporters


Bilik tidur yang selesa

17
2
0
1
1
You will be interested