Alam & Sains 03 Jun, 2021

Berita Terkini| Panggilan Talian Kasih Kelantan meningkat! Mengadu masalah kesan Covid-19, PKP!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

LPPKN menjangkakan peratusan panggilan akan meningkat sepanjang SPP yang dilaksanakan oleh kerajaan.


PANGGILAN telefon melibatkan Talian Kasih di Kelantan meningkat sebanyak 10 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun lalu (2020).

Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan, Zaharin Bakri berkata, panggilan tersebut dibuat oleh masyarakat yang mengalami masalah terutama mereka yang berdepan tekanan sepanjang penularan Covid-19.

“Kita menjangkakan peratusan panggilan ini akan meningkat terutama semasa Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang sedang kerajaan laksanakan ketika ini.

“Kebanyakan pemanggil adalah mereka yang berstatus ibu bapa, yang menggunakan inisiatif tersebut untuk mengadu masalah yang dialami mereka kesan daripada Covid-19 dan isu yang sering mereka adukan ialah mengenai masalah rumah tangga dan tidak kurang juga pengurusan ibu bapa yang bekerja untuk berdepan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan sebagainya,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian di Kota Bharu, Rabu 3 Jun 2021.

Malah katanya, jika pemanggil tersebut memerlukan bantuan agensi lain, pihaknya akan menjadi medium terbaik membantu memudahkan urusan khususnya mereka yang memerlukan bantuan doktor dan pakar psikitari.

"Selain melalui usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kerajaan negeri Kelantan juga banyak membantu mempromosikan Talian Kasih kepada masyarakat sebagai platform untuk mereka berkongsi masalah secara peribadi." katanya lagi. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KEBANYAKKAN pemanggil menggunakan inisiatif tersebut untuk mengadu masalah yang dialami  kesan daripada Covid-19 . Gambar hiasan

0
0
0
0
0
You will be interested