Alam & Sains 27 Mar, 2020

FENOMENA MAKCIK KIAH!! SIAPA MAKCIK KIAH?

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

SIAPA Makcik Kiah? Ketika negara berdepan masalah pandemik penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19), namanya Makcik Kiah muncul secara tiba-tiba menjadi fenomena baharu yang menguasai media sosial. Malah, ciapan namanya menjadi trending tempat kedua di Twitter. Tidak terkecuali Facebook. : KitaReporters

Nama #makcikkiah trending tempat kedua dalam laman sosial Twitter.


Grafik disediakan oleh Fy Hamzah (https://www.facebook.com/fythullah)


Itu belum lagi mengambil-kira chit-chat pengguna WhatsApp yang menjadikannya sebagai bahan perbualan. 

Apa lagi rakyat Malaysia boleh buat untuk menghabiskan masa bersama seisi keluarga di rumah? 

Makcik Kiah, semuanya bermula selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan analogi Makcik Kiah untuk menerangkan arah aliran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Makcik Kiah juga digambarkan sebagai pengusaha pisang goreng. Suaminya pemandu e-hailing. Anaknya pula peminjam Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Seronoknya.... Kiraan bantuan Makcik Kiah dapat. - Kredit foto: Buletin TV3


Sebenarnya, Makcik Kiah mewakili golongan marhaen. 

Dia boleh menjadi sesiapa sahaja, khususnya mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM4, 000 serta layak menikmati pelbagai bentuk bantuan PRIHATIN.

Makcik Kiah layak menerima Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH RM600, bantuan pesara RM500, bantuan tunai e-hailing RM500 dan bantuan orang bujang RM800. 
Bahkan, kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM200 sebulan sehingga wabak berakhir. 

Keluarganya mendapat penjimatan sewa PPR 6 bulan iaitu RM744. 

Selain, tiga penjimatan penangguhan bayaran untuk tempoh enam bulan; pinjaman kenderaan (RM1800), bayaran bil elektrik (RM120) dan penangguhan bayaran balik PTPTN (RM1200).
Sekiranya Makcik Kiah ada membuat pinjaman kredit mikro untuk  perniagaan pisang gorengnya dengan bayaran balik pinjaman RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan RM600.
Tinjauan mendapati pengaruh Makcik Kiah semakin kuat. 

Malah, tempiasnya turut terkena ke atas mereka yang bernama Zakiah, Rokiah, Che Kiah mahupun hanya digelar Kiah.

Suka nampaknya mereka yang bernama ‘Kiah’.


Rata-rata tersenyum puas hingga meletakkan status kegembiraan bukan sahaja disebabkan inisiatif diberikan tetapi populariti yang dinobatkan, dalam laman sosial masing-masing.

Usik mengusik dalam kalangan netizen mewarnakan lagi fenomena ini.


Tidak terkecuali, mewarnakan fenomena ini apabila tampil netizen yang mencari peluang mendekati Makcik Kiah. Ada ada yang mahu menjadi menantu juga anak angkat. Sesungguhnya rakyat Malaysia memang suka kepada situasi begini. - KitaReporters


3
0
0
3
0
You will be interested