Alam & Sains 23 Apr, 2021

Berita Terkini| Penjawat awam Selangor diberi bantuan khas Aidilfitri! 1/2 bulan gaji atau RM1k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Amirudin juga berkata, setiausaha MPKK dan petugas masjid akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri. Kredit Foto: Johorkini.my


KERAJAAN Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 19 Mei 2021.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu turut diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju agar pembayaran BKK dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat (MPKK), pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000 dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang akan dibiayai kerajaan negeri,” katanya yang dipetik Bernama pada Jumaat, 23 April 2021.

Amirudin berkata pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiausaha MPKK dan petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri.

“Sehingga 15 April (2021) lepas, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM853.31 juta atau 38.79 peratus daripada anggaran hasil bagi 2021 sebanyak RM 2.20 bilion, penurunan sebanyak 19.39 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu,”katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

BKK itu turut diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan. Kredit Foto Facebook Amirudin Shari.

0
0
0
0
0
You will be interested