Alam Canggih 01 Dec, 2020

Tahniah Perak! Mempunyai 4 sungai paling bersih di Malaysia!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

AIR merupakan keperluan asas kepada kehidupan dan adakalanya aktiviti ekonomi di muka bumi. Tanpa elektrik, manusia mungkin masih boleh hidup. Namun jika tiada bekalan air, manusia tidak akan mampu bertahan dalam beberapa hari. Antara punca air di negara ini adalah sungai. Tahukah anda negeri mana mempunyai sungai paling bersih dan paling kotor di negara ini? : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan sungai:

https://kitareporters.com/search?search=sungai


Sungai penting sehingga kerajaan menubuhkan kementerian khusus untuk 'menjaga' hal ehwal bekalan air untuk rakyat, iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Namun tidak semua sungai di negara kita boleh digunakan secara terus tanpa melepasi proses rawatan air akibat daripada pencemaran tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Bagi mengukur kualiti air di sesebuah sungai, KASA melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa melakukan ujian terhadap kualiti air yang ada.

Apakah sungai paling bersih dan tercemar di negara ini?


Kredit grafik: Harian Metro


Menurut Indeks Kualiti Air (IKA), Sungai Tapah yang mengalir ke lembangan Sungai Perak dalam daerah Kinta, Perak dikenal pasti sebagai sungai paling bersih di negara ini.

Sebaliknya, Sungai Rambai di Jenjarom yang mengalir ke lembangan Sungai Sepang di Selangor pula adalah sungai paling tercemar bagi negara kita.

Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar berkata, dapatan itu adalah hasil sejumlah 672 sungai yang diawasi agensi kerajaan berkenaan pada tahun 2019.

"Daripada sejumlah 672 sungai yang diawasi, sebanyak 408 sungai berstatus bersih manakala 205 sungai dikategorikan dalam status sungai sederhana tercemar dan 59 lagi berstatus sungai tercemar.

"Indeks Kualiti Air (IKA) bagi Sungai Tapah adalah 95 iaitu sungai yang paling bersih manakala IKA bagi sungai paling tercemar iaitu Sungai Rambai adalah 21," katanya kepada pihak media.

Menurut JAS, IKA mengambil kira parameter Oksigen Terlarut (DO), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH3-N), Pepejal Terampai (SS) dan pH.

Dapatan tahap kualiti air sungai ini dinilai berdasarkan sejumlah 8,118 sampel air sungai diambil daripada 1,353 stesen pengawasan manual merangkumi 672 sungai.

Sampel-sampel air sungai ini diambil daripada stesen yang telah ditetapkan dan diukur secara in-situ sebelum dihantar ke makmal bagi dianalisis secara fizik-kimia dan biologi. 


Kredit foto: Harian Metro


Pada 2018 dan 2019, Sungai Rambai di Jenjarom, Kuala Langat pernah menjadi panas hasil liputan media tempatan dan antarabangsa apabila dikatakan menjadi 'tong sampah dunia' akibat sisa dihantar beberapa negara dilonggokkan di daerah itu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk kedudukan kedua bagi air sungai paling bersih pula adalah Sungai Licin di Perak dan seterusnya Sungai Manong serta Sungai Nyior juga di negeri berkenaan. Empat sungai paling bersih di negara ini kesemuanya merupakan di negeri Perak.

Bagi sungai paling tercemar dan tidak selamat digunakan pula ialah Sungai Neram, lembangan Sungai Kemaman di Terengganu di kedudukan kedua. Manakala kedudukan ketiga dan keempat sungai paling tercemar pula adalah Sungai Semenchu lembangan Sungai Johor di Johor dan Sungai Sengkuang, lembangan Sungai Tebrau, juga di negeri Johor.

Semoga kita semua dapat memelihara kualiti air sungai berhampiran kita pada setiap masa bagi mengekalkan ekosistem yang ada dan sebagai amanah terhadap manusia dalam memelihara khazanah alam semulajadi yang dianugerahkan Tuhan.

Jangan sampai suatu ketika nanti cucu cicit kita tidak kenal apa itu sungai. - KitaReporters

2
1
0
1
0
You will be interested

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Tukun bukan sebarang tukun! Pulihara, biak ikan! Halang pukat tunda! Tingkat sosioekonomi nelayan!

Kajian yang telah dijalankan dapati lokasi tukun yang dilabuhkan di beberapa kawasan perairan Terengganu menunjukkan impak positif kepada sosioekonomi nelayan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

Seekor ular sawa seberat 110kg berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah telan seekor kambing di Kampung Durian Mentangau, Paka di Dungun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 6 days ago

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago