PENDUDUK di Mexico cemas berikutan penemuan seekor ikan
gergasi yang secara tradisi dianggap petunjuk kepada sesuatu bencana seperti gempa
bumi. Memetik laporan dailystar.com, ikan gergasi dari laut dalam sepanjang empat
meter itu muncul di perairan Mexico dan dijumpai oleh dua sahabat yang sedang
mandi manda di Teluk Baja California Pichilingue, baru-baru ini. : KitaReporters.
DUA sahabat tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama ikan gergasi yang jarang muncul di perairan. - Kredit foto: Dailtstar.com
Jurutera muda, Fernando Cavalin dan sahabatnya David de Zabedrosky tidak melepaskan peluang keemasan tersebut untuk merakamkan video sebelum menjadi tular dalam media social.
Panjangnya ikan…
Ketika ditemui ikan gergasi itu sudah mati dan
kelihatan reput di beberapa bahagian badannya.
Spesies tersebut yang mempunyai ciri badan panjang
berwarna perak biasanya mendiami laut dalam dan jarang dilihat permukaan.
Penularan video yang dirakam olehg dua sahabat itu
menimbulkan pelbagai teori termasuklah ancaman gempa bumi.
Rata-rata netizen memberi pelbagai komen mengenai ‘kehadiran’
ikan tersebut dan meminta supaya lebih berhati-hati.
“Ikan tersebut muncul di permukaan apabila sesuatu yang
buruk akan berlaku,” ujar seorang daripada netizen yang membuat ulasan mengenai
video berkenaan.
Malah menurut kepercayaan tradisi, ikan jenis
berkenaan akan muncul di permukaan dan pantai menjelang gempa bumi.
FERNANDO menunjukkan bahagian kepala ikan yang reput ketika ditemui terdampar di perairan Teluk Baja California Pichilingue, baru-baru ini.
Sementara itu, teori saintifik pula berkata, ikan yang
berada jauh di dasar mungkin mudah terdedah kepada pergerakan garis seismick dan
bertindak dengan cara yang tidak wajar sebelum bencana berlaku.
Pada tahun 2010, kira-kira 10 ekor ikan gergasi berkenaan
terdampar di sepanjang perairan utara Jepun beberapa hari sebelum tercetus tsunami
besar melanda timur laut negara itu, sekali gus meragut nyawa 19,000 penduduk.
Namun siapalah kita untuk mengetahui kepastian kejadian alam tersebut!
Semoga ‘kehadiran’ ikan berkenaan petanda sesuatu yang
menakutkan tidak akan berlaku. - KitaReporters