Alam & Sains 26 Jul, 2020

Ini dia sinki-sinki PKP! Idea kreatif! Tahniah cikgu-cikgu!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

TUGAS guru bukan sebagai pendidik semata-mata. Mereka juga mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang adakalanya tidak terjangkau dek akal. Bukan setakat berseni di papan putih (white board) atau papan hijau ketika mengajar tetapi juga di lapangan.  Buat sinki guna barang terpakai pun boleh. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita mengenai guru-guru :

https://kitareporters.com/search?search=guru


Sesi persekolahan sudah dibuka secara berperingkat-peringkat bermula pada 15 Julai 2020 dan 22 Julai 2020 lalu. 

Pasti warga sekolah terutama guru dan murid teruja memulakan kelas masing-masing selepas 'bercuti panjang' hampir empat bulan. 

Suasana sekolah kembali ceria!!

Seronok dapat ke sekolah dan lagi seronok serta teruja apabila murid 'dihidangkan' dengan pandangan baharu yang belum pernah dilihat sebelum sekolah 'dicutikan' akibat penularan wabak pandemik COVID-19 awal tahun ini.



Berinovasi dan berinovatif... 
Bukan calang-calang sekumpulan guru lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Teruntum, Kuantan ni. 

Panjang akal pun ya. Manakan tidak. 

Tayar dan meja terpakai boleh dijadikan sinki mencuci tangan tangan di sekolah. Bukan satu atau dua yang dihasilkannya. 

Semuanya demi untuk memupuk amalan kebersihan untuk membersihkan tangan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalani kehidupan norma baharu dalam kalangan anak murid mereka.

Sinki daripada tayar terpakai




Sinki daripada meja terpakai


'Yeay! Ada sinki baru.' Pasti terkeluar frasa ayat ini barangkali. Siapa yang buat. Bila dibuat agaknya.

Satu status yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook, Haryati Hamim memuji idea kreatif guru-guru terbabit yang mengambil inisiatif membina sinki daripada bahan terpakai. 

Tulisnya:

"Cikgu-cikgu lelaki di sekolah kami memang kreatif.

"Mereka bertungkus-lumus membuat sinki di sekolah menggunakan barang terpakai.

"Pelbagai jenis sinki ada di kawasan sekolah. 

"Setiap tempat ada sinki.

"Semuanya untuk kegunaan anak-anak murid tersayang.

"Esok adalah harinya murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 bakal masuk sekolah.

"Murid-murid tahun 5 dan 6 dah masuk 15 Julai 2020.

"Seramai lebih 900 orang murid bakal berada di sekolah esok.

"Cikgu-cikgu siap sedia menjadi frontliners kepada anak-anak murid.

Debaran kian terasa."


Haryati yang dihubungi wartawan KitaReporters.com menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu, aktiviti gotong royong membuat sinki bermula 24 Jun sehingga 14 Julai 2020 lalu sebagai langkah persediaan murid kembali ke sekolah.

Menurut Haryati, idea tercetus apabila dimaklumkan bahawa tempat membasuh tangan untuk amalan kebersihan perlu diperbanyakkan di kawasan sekolah.


Katanya, idea membina sinki itu datang daripada sekumpulan 18 guru lelaki di sekolah berkenaan yang berkongsi kepakaran dan idea sesama mereka.

Maka terhasillah pelbagai jenis sinki. 

Antaranya lima sinki diperbuat daripada tayar terpakai, sinki daripada meja terpakai disediakan di kelas-kelas dan juga sinki batu. 

Berikutan status yang dimuat naik itu, ramai memuji langkah bijak dan kreatif guru terbabit. 

Ia secara tidak langsung menceriakan kawasan sekolah selepas ditutup hampir empat bulan angkara ancaman COVID-19.




Banyak kegunaan barangan terpakai ini jika kita bijak memanfaatkannya. 

Mungkin selepas ini lebih banyak sekolah dapat menghasilkan sinki dalam pelbagai rekaan menarik untuk mencantik dan menceriakan kawasan sekolah dan bersama menjaga kesihatan dan kebersihan. 

Syabas dan tahniah diucapkan untuk warga SK Teruntum. - KitaReporters

8
3
0
2
0
You will be interested