Alam & Sains 29 Jul, 2020

Jual jam tangan berjenama tiruan! Lelaki ditahan KPDNHEP!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat... Tindakan seorang peniaga yang ingin mendapatkan keuntungan segera dan sanggup mengabaikan etika perniagaan dengan menjual jam tangan berjenama tiruan membawa padah apabila dia ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Setiu, Terengganu. : KitaReporters

Pegawai KPDNHEP Besut memeriksa jam tangan yang dipercayai dipakaikan cap dagangan secara salah di Setiu semalam. - Kredit foto: KPDNHEP Besut


Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun, yang disyaki menjual jam tangan tiruan ditahan menerusi Ops Jeriji di sebuah premis perniagaan di daerah Setiu pada Isnin, 27 Julai 2020. 

Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, sejumlah 125 unit jam tangan yang disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah jenama Casio G-Shock bernilai RM2,500.00 telah berjaya dirampas.

Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Besut, Azani Ismail berkata, operasi yang dijalankan  yang dijalankan itu turut disertai wakil pemilik cap dagang berdaftar.

Katanya, operasi yang dijalankan berikutan susulan laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki jam tangan berkenaan adalah tiruan yang kemudiannya berjaya membongkar aktiviti peniaga yang tidak beretika dan ingin mendapatkan keuntungan dengan cara yang mudah sehingga mengabaikan kepentingan pengguna.

Sebuah rumah kediaman yang dijadikan premis jualan jam tangan tiruan. - Kredit foto: KPDNHEP Besut


Beliau berkata, seorang lelaki warga tempatan itu telah ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102 (1) (ii) di bawah akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga tiga (3) tahun atau kedua-duanya. 

"Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda sehingga RM20,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan media pada 28 Julai 2020.

Kenyataan Media KPDNHEP Besut


Berikutan itu, KPDNHEP Negeri Terengganu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak memilih barangan berjenama dalam pasaran supaya tidak terpedaya dengan taktik sesetengah peniaga yang tidak beretika yang cuba mengambil keuntungan dengan mudah.

Beliau berkata, pihak KPDNHEP Negeri Terengganu mengalu-alukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan maklumat melalui saluran yang disediakan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Kenyataan Media KPDNHEP Besut


Katanya, aduan boleh dibuat menerusi Talian Bebas Tol 1-800-886-800, melalui aplikasi whatsapp 019-279 4317, secara dalam talian di http://eaduan.kpdnhep.gov.my atau SMS aduan ke 15888. - KitaReporters

5
3
4
1
4
You will be interested