TUGASAN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bukan sahaja setakat dalam usaha menyelamatkan nyawa manusia, tetapi juga nyawa insan-insan lain termasuk haiwan seperti ular. Sehubungan itu, dari semasa ke semasa, akan tular cerita anggota APM dipanggil untuk menangkap haiwan berbisa itu. : KitaReporters
DUA anggota APM Setiu sedang menangkap ular tedung tikus Siam di Kampung Langkap, Setiu, Terengganu. Credit Foto : APM Setiu
Lagi cerita-cerita berkaitan APM:
https://kitareporters.com/search?search=APM
Bagi APM Daerah Setiu, Terengganu, panggilan kecemasan untuk menangkap pelbagai jenis ular seperti ular sawa batik, ular senduk sembur, ular selar dan ular sawa tikus adalah sudah kebiasaan bagi kakitangan di jabatan itu.
Namun apa yang berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi pada Jumaat, 23 Oktober 2020 lalu agak pelik juga apabila tiga anggota APM terbabit berjaya menangkap seekor ular tedung tikus Siam sepanjang tiga meter yang pertama kali mereka ketemui mengikut rekod jabatan itu.
ULAR tedung tikus Siam yang ditemui di bawah meja komputer di rumah Sharum Yusof di Kampung Langkap, Setiu, Terengganu. - Kredit Foto: APM Setiu.
ULAR Ptyas Carinata atau Keeled Rat Snake, yang juga dipanggil ular tedung tikus Siam biasanya dijumpai di negara Thailand, Malaysia, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Singapura.
Ular berkenaan yang juga dpanggil Ptyas Carinata (Keeled Rat Snake) dijumpai di sebuah rumah seorang kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS), Sharum Yusof, 34, yang tinggal di Kampung Langkap, Setiu kira-kira pukul 9 pagi, 23 Oktober 2020.
Sharum ternampak ular tedung tikus Siam itu berada di bawah meja komputer semasa beliau memasuki bilik komputer di rumahnya sebelum menghubungi APM Setiu.
Beliau bagaimanapun boleh dikatakan bernasib baik kerana menyedari haiwan itu di bawah meja, kalau tidak kemungkinan kakinya dipatut ular berkenaan semasa beliau sedang mengguna komputer.
DUA anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tedung tikus Siam di rumah Sharum Yusof di Kampung Langkap, Setiu. - Kredit Foto: APM Setiu
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan MDS itu pada pukul 9.26 pagi tadi.
Menurutnya, tiga anggotanya bertolak ke tempat kejadian pada pukul 10 pagi dan mereka mengambil masa untuk menangkap ular itu selama 10 minit.
DUA anggota APM Daerah Setiu berjaya menangkap Ular Tedung Tikus Siam.
``Mengikut rekod APM Setiu, ular jenis itu adalah kali pertama kami jumpai dan ular berkenaan dipercayai memasuki rumah Sharum melalui siling rumahnya,’’ katanya ketika dihubungi pada 23 Oktober 2020. - KitaReporters