Alam & Sains 20 Dec, 2022

Sayang panda! Pau-Pau @ foodpanda taja Xing Xing, Liang Liang, Sheng Yi! Ceriakan Hidup Gaya Panda!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, September 17, 2019: Foodpanda riders waiting outside restaurants for food delivery services assignment.    Foodpanda is a up and coming food delivery service provider in Malaysia.


SELEPAS ini pengunjung Zoo Negara tidak sukar lagi mencari lokasi panda gergasi Xing Xing, Liang Liang, dan Sheng Yi di zoo itu kerana penaja utama, foodpanda Malaysia sudah mengisi tabung kewangan sebanyak RM200,000 dan memasang peta lokasi "rumah" haiwan itu, Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) sebagai memenuhi keazaman memulihara haiwan terancam dan menceriakan suasana.

Pengarah Kanan Komersial foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan ketika mengulas mengenai inisiatif itu berkata, “Saya berasa sangat gembira kerana kami dapat bekerjasama sekali lagi dengan Zoo Negara untuk tiga tahun berturut-turut demi menjaga kebajikan dan keselesaan haiwan comel berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan cek sumbangan yang berlangsung di GPCC pada 14 Disember 2022 sebagai sebahagian daripada  tanggungjawab sosial korporat (CSR) foodpanda yang berterusan terhadap usaha pemuliharaan panda di Zoo Negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zoo Negara

Terimakasih... Selamat mengunjungi Zoo Negara dan ceriakan hidup anda serta haiwan tajaan.


Jay Ar berkata, panda sering dianggap sebagai haiwan yang comel dan manja. Ia sememangnya terkenal dengan rupa yang ikonik, mampu menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya dengan serta-merta.  

"Manakala dari segi reka bentuk, logo dan maskot kesukaan ramai foodpanda yang baru dilancarkan tahun ini – Pau-Pau juga adalah seekor panda (walaupun ia berwarna merah jambu!), sekali gus menjadikan sumbangan ini lebih bermakna," katanya yang berharap pemetaan lokasi panda itu akan menarik ramai pengunjung untuk melihat aksi haiwan berkenaan.

Baru-baru ini juga berteraskan identiti jenama yang sememangnya sudah dikenali ramai, foodpanda baru-baru ini turut melancarkan falsafah jenama Hidup Gaya Panda yang menggalakkan pengguna agar sentiasa tenang seperti panda dengan membenarkan foodpanda melakukan semua tugas-tugas berat, seperti membawa kegembiraan dan kemudahan kepada para penggunanya. 

Majlis penyerahan sumbangan ini benar-benar mengukuhkan jenama itu, menunjukkan betapa pentingnya peranan foodpanda sebagai platform penghantaran makanan terkemuka pada ketika ini.


Pekerja foodpanda di Sofia Bulgaria menggunakan basikal untuk penghantaran.  - Kredit Foto Belis


Jay Ar berkata, komitmen foodpanda terhadap kebajikan haiwan berkenaan bermula pada 2020 apabila menyahut seruan Zoo Negara yang meminta orang ramai dan sektor korporat mengambil haiwan-haiwan di zoo sebagai haiwan angkat, ekoran daripada tempoh penutupan zoo yang panjang akibat pandemik Covid-19.

“Walaupun kita telah beralih kepada fasa endemik dan pengunjung zoo telah kembali meningkat, namun kami tetap komited untuk terus memberikan sumbangan kepada panda gergasi kerana haiwan itu melambangkan jenama foodpanda dengan sifatnya yang periang, mesra dan bersemangat. 

"Tiada cara yang lebih baik untuk kami melahirkan penghargaan kami terhadap panda ini selain daripada membantu dan menyokong usaha pemuliharaannya.

"Sebab itu juga foodpanda Malaysia komited untuk memasang papan tanda arah di sekitar kawasan zoo bagi memudahkan para pengunjung mencari Pusat Konservasi Panda Gergasi, tempat di mana Xing Xing, Liang Liang, dan Sheng Yi ditempatkan. "Penjenamaan itu akan menjadi papan tanda kekal di Zoo Negara, menambahkan lagi keceriaan di sekitar kawasan," ujarnya lagi.



Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Amat Lana, berkongsi kegembiraan dengan penerusan penajaan dan kerjasama daripada foodpanda itu.

Tegas beliau, “Pengurusan Zoo Negara berasa sangat gembira kerana dapat terus kerjasama dengan foodpanda Malaysia. 

"Kami sememangnya sangat menyayangi panda kami dan sumbangan ini memberi peluang kepada kami untuk melindungi spesies haiwan berkenaan, membolehkan ia meninggalkan legasinya untuk generasi akan datang. 

"Kami merancang untuk menggunakan dana yang disumbangkan oleh foodpanda dengan sebaiknya seperti untuk penjagaan dan keperluan harian panda berkenaan.” katanya.- KitaReporters


18
9
0
10
0
You will be interested