Alam & Sains 22 Jul, 2023

Hospital Pengajar UniSZA beroperasi mulai 23 Julai 2023! Mula-mula terima pesakit luar! Isnin-Khamis!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Hospital Pengajar UniSZA Kuala Terengganu


HOSPITAL Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai 23 Julai 2023 ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata, hospital itu akan dibuka secara berperingkat-peringkat dengan menyediakan lapan perkhidmatan sebelum beroperasi sepenuhnya.

Katanya, HPUniSZA mempunyai kekuatan sendiri dan mempunyai kepakaran dalam rawatan jantung, kardiologi, ortopedik, oftalmologi (mata) dan psikiatri bagi pesakit dewasa serta kanak-kanak.

Menurutrnya, pada peringkat awal hospital tersebut bermula dengan menerima pesakit luar sebelum menjalankan pengoperasian penuh kemasukan ke wad. “Manakala bilik bedah pula dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini (2023),” jelasnya.


Datuk Dr Fadzli Adam


Beliau berkata, antara perkhidmatan yang akan dibuka pada 23 Julai termasuklah Klinik Perubatan Am, Pediatrik, Pembedahan, Ortopedik, Otorinolaringologi, Oftalmologi, Obsterik dan Ginekologi serta Psikiatri.

Beliau berkata, waktu operasi hospital tersebut ialah dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang, manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum operasi akan ditutup.

“Pesakit yang ingin mendapatkan khidmat kesihatan di Klinik Pakar Pesakit Luar HPUniSZA perlu membawa surat rujukan doktor  dari mana-mana hospital, klinik dan pusat kesihatan bagi tujuan pemberian tarikh temu janji ketika menghadirkan diri bagi sesi temu janji untuk pertama kali dengan Pegawai Perubatan,” katanya.

Fadzli Adam memberitahu, HPUniSZA yang dibangunkan dengan kos bernilai RM281 juta juga memiliki sembilan klinik pakar dan 10 wad yang mampu menempatkan 100 pesakit dalam satu masa.

Manakala, klinik pakar pula boleh menerima rawatan di antara 30 hingga 50 pesakit sehari.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah jumlah katil kepada 200 buah dan 12 bilik pembedahan selain melantik 10 orang doktor pakar di hospital berkenaan. - KItaReporters


10
11
1
12
0
You will be interested