Alam & Sains 18 Oct, 2025

Keselamatan Online| Platform medsos kena laksanakan proses eKYC! Elak kanak-kanak B-13 miliki akaun!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna menerusi kaedah electronic Know Your Customer (eKYC) bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun (B-13) tidak memiliki akaun.



Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu adalah bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya serta memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform berkenaan benar-benar dikuat kuasa.

"Sewaktu saya bertemu dengan wakil platform media sosial bulan lalu (September 2025), saya telah memberikan mesej kepada mereka bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan platform-platform media sosial melakukan pengesahan identiti terutama untuk memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun.

"Cuma 'exact timeline' saya akan lapor kepada Jemaah Menteri dulu, baru saya akan umumkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "NADI on Wheels" atau NOW di Dewan Undangan Negeri Sindumin di Sipitang pada Rabu, 15 Oktober 2025.



e-KYC atau Kenali Pelanggan Anda secara Elektronik adalah proses pengesahan identiti individu secara digital, yang menggantikan cara tradisional dengan menggunakan teknologi seperti pengecaman wajah dan biometrik untuk mengesahkan seseorang secara dalam talian. 

Proses ini lebih pantas dan selamat, serta membolehkan pengguna mengakses sepenuhnya ciri-ciri perkhidmatan yang disediakan

Fahmi berkata bagi tujuan itu, satu pertemuan antara MCMC dengan syarikat platform media sosial akan diadakan minggu depan yang menjadi langkah penting ke arah merealisasikan segera pelaksanaan perkara tersebut.

Selain isu kanak-kanak, beliau berkata proses eKYC juga penting bagi membanteras kegiatan penipuan dalam talian dan penyebaran kandungan berbahaya seperti judi serta iklan palsu.

"Banyak platform disalahgunakan oleh penjenayah untuk tujuan 'scam'... semalam (Selasa 14 Oktober 2025), dalam Parlimen saya ada menjawab soalan... ada angka yang menggerunkan... 78 peratus daripada semua kandungan 'scam' yang telah diturunkan itu adalah daripada Facebook," katanya. - Bernama

14
6
0
11
0
You will be interested