Alam & Sains 06 Mar, 2026

Bulan tak kelihatan! Cerap gerhana bulan penuh bersama JUPEN! Awam tebal di Masjid Daerah Taiping!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Oleh AMIR HASHIM

SEMUA umat Islam tidak kira di mana berada di bumi Malaysia, tidak ketinggalkan warga Taiping, Perak (dikenali Bandar Warisan) turut mengambil peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku pada petang Selasa, 3 Mac 2026 di pekarangan gerai wakaf di Masjid Daerah Taiping. 


Sebahagian jemaah Masjid Daerah Taiping berbaris untuk mengambil juadah untuk berbuka puasa sebelum melihat fenomena gerhana bulan penuh.


Malang sekali, mereka tiada rezeki, khususnya ahli-ahli jemaah Masjid Daerah Taiping gagal melihat berlakunya fenomena gerhana bulan penuh disebabkan awan tebal di ufuk Bukit Larut. 

Sebelum itu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh imam masjid daerah, Ustaz Afifi Abdul Rahman dan penerangan dan taklimat lanjut mengenai pencerapan gerhana bulan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEN) Cawangan Ipoh, Mohamad Ridzuan Awang Noh memberitahu pada jam 7.33 petang fenomena akan bermula hingga 9.15 malam. 


Beberapa petugas JUPEN melakukan cerapan gerhana bulan.


Menurut Ridzuan, JUPEN menyediaan dua unit alat canggih, iaitu theodolite dan teleskop untuk aktiviti cerapan gerhana bulan. 

Turut hadir Pegawai Daerah Taiping merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Daerah Taiping, Mohd Nasrul Menhad dan pegawai-pegawai masjid dan Jabatan Agama Islam daerah Taiping.

Sementara itu, Ustaz Afifi berkata, fenomena gerhana bulan penuh ini, umat Islam digalakkan menyaksikannya kerana ia adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT serta disunatkan melaksanakan solat sunat gerhana dan mendengar khutbah khas gerhana. Khutbah di sampai oleh Ustaz Mohd Roslan. 


Mohd Nasrul Menhad (kanan) bersama dua imam Masjid Daerah Taiping 


Alhamdulillah, dengan izin dan kebesaran Allah SWT, semua jemaah masjid dapat berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, isya dan solat gerhana bulan dan solat tarawih kedua-duanya solat sunat yang dituntut. 

Majlis diakhiri dengan ceramah agama dan minuman moreh. - KitaReporters


Mohamad Ridzuan Awang Noh (empat dari kanan) dan Mohd Nasrul Mendah pada program pencerapan gerhana bulan penuh.

 

7
19
0
8
0
You will be interested