Alam & Sains 15 Feb, 2023

Tolong kami! Bantu MAPIM bantu mangsa gempa! Tak pernah pinggirkan Syria! Terus salur bantuan, doa!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SATU dunia kini tertumpu kepada Turkiye dan Syria susulan gempa bumi kuat yang membawa kemusnahan besar selain meragut lebih 30,000 penduduk di Turkiye dan 4,500 nyawa di Syria.

Di Turkiye, terdapat pelbagai bantuan disalurkan dan penyelamat terbang dari seluruh dunia bagi misi mencari dan menyelamat. 

Namun keadaan tersebut, tidak di Syria, keadaannya lebih rumit kerana peperangan yang terjadi di sana masih belum berakhir. 


Lagi kisah-kisah bencana dan tragedi berkaitan gempa bumi


Idlib dan Aleppo merupakan kawasan di barat laut Syria yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi dan ia adalah kawasan di bawah kawalan kumpulan yang berbeza.

Memetik  agensi berita englishwafanews.com pada 11 Februari 2023 lalu, selepas tiga hari gempa bumi, tiada bantuan yang diberikan. 

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa jalan yang rosak di sebelah Turkiye menyebabkan trak tidak dapat dibawa ke sempadan.



Menurut Pegawai Media Bab Al-Hawa, Mazen Alloush berkata,  konvoi bantuan pertama sejak gempa bumi baru masuk, termasuk enam trak.

 Konvoi ini sepatutnya tiba sebelum gempa bumi berlaku, tetapi ia hanya masuk selepas operasi disambung semula.

Kini, di wilayah kerajaan beberapa bantuan telah tiba. Negara-negara seperti Rusia, Iran, Iraq dan Algeria telah menghantar bantuan kepada kerajaan Syria.

Di Syria, semua bantuan perlu dirundingkan, dipersetujui dan dipantau pada peringkat tertinggi dalam penyelarasan dengan kerajaan Syria melalui Rusia serta Turkiye. Kebanyakannya dilakukan melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan mengambil masa yang agak lama.



Namun, penduduk kini berada dalam keadaan kedinginan, lapar, cedera, atau lebih teruk lagi, masih terperangkap di bawah runtuhan.

Menyedari kelemahan dan kesukaran untuk menghantar bantuan, MAPIM yang kini sudah berada di selatan Turkiye bagi membantu mangsa gempa di sana sedang mencari jalan bagi turut menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di Syria akibat gempa dan juga peperangan.

MAPIM menggesa rakyat Malaysia agar terus berdoa dan menghulurkan bantuan secara tunai dan barangan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan kepada MAPIM untuk penghantaran segera ke Turkiye dan Syria di Tabung Kemanusiaan MAPIM atau terus membuat sumbangan ke akaun Maybank : 5622 6354 0066

Bukan itu sahaja MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau WhatsApps 012-800-2016.  - KitaReporters


18
13
1
14
0
You will be interested