Alam & Sains 15 Apr, 2021

Berita Terkini| Pendaftaran suntikan Covid-19 di Kelantan masih rendah! Hanya 259k mendaftarkan

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

MEREKA  yang mendaftar untuk menerima vaksin masih rendah dan Kelantan berada di kedudukan negeri ketiga terakhir di Malaysia .


PENDAFTARAN untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kelantan dilihat masih rendah dan berada di kedudukan ketiga terakhir dalam negara berdasarkan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, hanya 259,000 daripada kira-kira 2 juta penduduk di negeri itu yang mendaftar diri sebagai penerima suntikan vaksin.

“Setakat ini mereka yang mendaftar untuk menerima vaksin masih rendah dan Kelantan berada di kedudukan negeri ketiga terakhir di Malaysia yang masih rendah mendaftar.

“Angka berkenaan masih terlalu rendah berbanding jumlah sasaran iaitu 1.2 juta penerima dalam kalangan penduduk Kelantan,” katanya yang dipetik oleh Journalmalaysia.com, pada Khamis 15 April 2021.


Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.


Berikutan kurang mendapat sambutan dan jumlah yang masih rendah, Jabatan Kesihatan Kelantan dengan pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri bakal mengadakan pelbagai program turun padang bagi memberi pendedahan pentingnya suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat setempat.

Sehubungan itu Dr Zaini berharap orang ramai dapat mendaftar segera untuk menerima vaksin secepat mungkin,” katanya 

Malah, sikap tunggu dan lihat  juga menjadi punca kegagalan penduduk di Kelantan mendaftarkan diri mereka sebagai penerima vaksin.

Sementara itu beliau turut menjelaskan Jabatan kesihatan akan memulakan suntikan kepada warga emas di negeri itu yang telah mendaftar mulai 26 April ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested