Alam & Sains 30 Jan, 2022

Mek Suria jadi tarik minat pengunjung! Karnival Tahun Pertanian Terengganu 2021! Pamer kejayaan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Dr Azman Ibrahim memberi makanan kepada Mek Suria


KEHADIRAN seekor gajah denak dikenali Mek Suria yang dibawa khas dari Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV), Hulu Terengganu, memeriahkan Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 yang berlangsung di Dataran Kampung Jabi, Besut,

Karnival dua hari bermula 27 Januari dan berakhir 29 Januari 2022 lalu juga turut menarik perhatian ramai pengunjung untuk menyaksikan pameran lembu sado dan ikan kerapu kertang gergasi berusia lebih 13 tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karnival

Ikan kerapu kertang gergasi yang dipamerkan di Karnival Tahun Pertanian Terengganu 2021 turut mendapat perhatian pengunjung


Bukan itu sahaja, pengunjung yang berpeluang ke tapak karnival dapat merasai suasana kehidupan dalam pertanian apabila pelbagai hasil tanaman yang diusahakan petani tempatan turut dipamerkan sepanjang karnival berlangsung. 

Sepanjang karnival berlangsung pelbagai acara sampingan turut diadakan termasuk jualan hasil pertanian, pertandingan masakan, persembahan dikir barat, berut panjat pokok kelapa dan aktiviti permotoran motor cross (motosikal lasak).

Sepanjang tempoh program Tahun Pertanian Terengganu (TPT), yang dianjurkan Kerajaan Negeri Terengganu itu sebanyak 93 dari 94 program yang dirancang dan berjaya menyiapkan semua 45 projek yang disusun.



Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim yang mengemudi Tahun Pertanian Terengganu (TPT) adalah orang paling gembira melihat kejayaan dan hasil program yang memberi manfaat kepada golongan petani, nelayan, penternak dan penduduk negeri itu. 

Katanya, walaupun menghadapi situasi sukar pandemik COVID-19, menerusi program itu ia memberi banyak pengalaman kepada jentera dan agensi pertanian negeri dalam usaha mendekati rakyat.


 

Acara pertandingan memasak  lauk menarik perhatian golongan wanita


“Setinggi tinggi penghargaan kepada petugas di lapangan semua peringkat terutama agensi di bawah MAFI Inc Negeri Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), serta agensi kerajaan negeri dan pusat,” katanya. MAFI merujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.t

Menurutnya, pada tahun 2018, ketika pemimpin kerajaan negeri mula memikul amanah berat itu, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK Terengganu ialah -2.5 peratus iaitu berada di bawah paras sifar.


Pemandangan dari udara tapak Karnival Tahun Pertanian Terengganu di Dataran Kampung Jabi, Besut


“Lalu kami merancang gerak kerja sebaiknya dan menyusun Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu (PSPNT) 2019-2023 sebagai suatu pelan bertindak lima tahun untuk sektor pertanian Terengganu.

“Hasilnya nampak segera dapat dituai. KDNK sektor pertanian meningkat kepada 6.5 peratus pada tahun 2019 seterusnya menjadi penyumbang utama kepada peningkatan KDNK negeri di samping sektor perkhidmatan,” jelasnya.

Tambahnya, untuk membentuk momentum pergerakan yang lebib laju dan mantap, tahun 2021 telah diisytiharkan sebagai Tahun Pertanian Terengganu (TPT) dengan objektif besar untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri pengeluaran makanan negara.


Persembahan dikir barat menutup tirai Karnival Tahun Pertanian Terengganu


Dr Azman juga berkata, tukun sebanyak 58 unit bernilai RM1.069 juta telah selesai dilabuhkan di perairan negeri untuk manfaat nelayan.

“Team kami meredah laut dengan gelombang angin Tenggara bulan Oktober untuk nak selesaikan proses labuh tukun ini dari Kemaman sampai ke Besut,” ujarnya.


Dr Azman melawat pameran tanaman Melon Manis Terengganu


Katanya lagi, para nelayan di Jeti Kampung Batin Seberang Takir, Kampung Tok Fakir Merchang, Kampung Fikri dan Kampung Geliga, Kemaman yang sekian lama menggunakan kemudahan jeti kayu yang uzur, merbahayakan serta berisiko telah ditukar dengan jeti konkrit yang kukuh.

Beliau berkata, bagi nelayan pantai yang tidak cukup modal hendak membeli peralatan, kerajaan negeri membelanjakan RM300,000 bagi bantuan peralatan untuk nelayan zon A seperti fishfinder, peralatan memancing, kawat bubu dan pukat tangsi. - KitaReporters


Gajah denak Mek Suria  menemui pengunjung di Karnival Tahun Pertanian Terengganu

21
10
1
9
0
You will be interested